• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Purata 300 Orang Lemas Setiap Tahun Seluruh Negara

oleh Cj Mnh
19/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Purata 300 kes kematian akibat lemas direkodkan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat setiap tahun di seluruh negara, kata Ketua Cawangan Pusat Pengurusan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pauzan Ahmad.​​​​​​

Beliau berkata kes kematian akibat lemas dua kali ganda lebih tinggi berbanding kematian akibat kebakaran di negara ini.

“Apa yang saya lihat apabila sesuatu kawasan itu ditimpa banjir, ramai kanak-kanak akan bermandi-manda manakala kaki pancing pula suka memacing tanpa sebarang pengawasan. Tidak salah untuk bermandi-manda atau memancing tetapi perlu ada pengawasan,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.

​​​​​​​Pauzan juga ingin menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat aktiviti riadah berdekatan sungai pada musim tengkujuh kerana paras air yang meningkat.​​​​​​​

Katanya statistik JBPM bagi tempoh Oktober sehingga Disember ini merekodkan tiga kematian akibat lemas termasuk seorang guru di Setiu, Terengganu pada 13 Dis lepas.​​​​​​​

Pauzan berkata, JBPM telah merangka pelan kontigensi banjir sebagai persediaan menghadapi Monson Timur Laut bermula awal November hingga Mac tahun hadapan.

Menurutnya pelan kontigensi berkenaan bertujuan menyelaras agensi terlibat seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Meteorologi serta Jabatan Kerja Raya untuk tindakan semasa banjir. – BERNAMA

Tags: kematianlemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

30/04/2026
0

Sungguh Menyedihkan.....   Ibu-bapa tunggu di lokasi kejadian anak hilang..sambil membawa makanan kegemarannya dan berterusan memanggil nama anak mereka agar...

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

09/04/2026
0

TRAGEDI meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) ketika menyertai aktiviti berkayak satu berita duka. Dua insan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd