• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PSC Diberi Kuasa Lantik Ketua Pesuruhjaya SPRM

oleh
21/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang memperinci kaedah untuk membolehkan pelantikan ketua pesuruhjayanya diputuskan sendiri oleh suruhanjaya itu termasuk mencadangkan pelantikan menerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC).

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata pelantikan melalui PSC bagaimanapun memerlukan pindaan kepada Akta SPRM.

“Jika sukar mendapat sokongan dua pertiga Parlimen untuk membenarkan SPRM memilih sendiri ketua pesuruhjaya, kita boleh cuba dengan hanya meminda Akta SPRM dengan memasukkan klausa membenarkan pelantikan dibuat PSC.

“Kita mahu mereka yang dilantik dapat melakukan tugas tanpa rasa gentar, tidak boleh dibuang begitu sahaja seperti jawatan hakim yang mana sebarang tindakan memerlukan kebenaran tribunal,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) Tan Sri Abu Kassim Mohamed sempena taklimat Laporan Pencapaian Akhir Tahun Usaha-Usaha Memerangi Rasuah di Malaysia dari Jun-Disember 2018.

Menurut Mohd Shukri, lantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika ini dibuat Perdana Menteri yang mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan.

Beliau berkata pelantikan menerusi PSC yang disertai wakil rakyat daripada blok kerajaan dan pembangkang akan menjadikan individu yang dipilih dilihat lebih telus serta tidak cenderung kepada mana-mana pihak.

Mohd Shukri dalam pada itu berkata transformasi yang sedang dilakukan SPRM akan menyaksikan suruhanjaya itu bakal mempunyai suruhanjaya perkhidmatannya sendiri.

Melalui cara itu, katanya SPRM bebas memilih dan melantik pegawai sendiri berdasarkan keperluan bidang kerja suruhanjaya berbanding lantikan yang dibuat melalui Jabatan Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ketika ini.

“Ia membolehkan SPRM meningkatkan keupayaan dan profesionalisme dalam kalangan kakitangannya dan bertindak mengawal terma dan syarat pekerjaan termasuk soal tindakan tatatertib,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mohd. Shukri AbdullSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd