• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Proton X70 Berharga RM99,800 Hingga RM123,800 Sebuah

oleh Cj Mnh
13/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Proton Holdings Berhad (Proton) melancarkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) pertamanya, X70 yang berharga RM99,800 sebuah bagi Standard 2WD, RM109,800 (Executive 2WD), RM115,800 (Executive AWD) dan RM123,800 (Premium 2WD) tidak termasuk insurans.

Harga jualan X70 di Sabah dan Sarawak adalah sama seperti di Semenanjung Malaysia.

X70 ditawarkan dalam empat varian iaitu model asas Standard Pacuan Dua Roda (2WD), Executive 2WD, Executive Pacuan Semua Roda (AWD) dan Premium 2WD.

Proton turut menawarkan empat pakej tambahan bagi semua varian X70 iaitu lima kali servis buruh percuma, kadar faedah yang rendah bermula dari 2.34 peratus setahun, jaminan lima tahun tanpa had perbatuan dan pakej data internet satu gigabait setiap bulan bagi tempoh lima tahun.

Perasmian model terbaharu itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Yang turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking; Pengerusi DRB-Hicom, Datuk Mohammad Zainal Shaari; Pengerusi Proton, Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed Ali Rethza Albar dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong.

X70 menampilkan lampu utama berkembar diod pemancar cahaya (LED) yang ditiruskan pada sisi dengan lampu nyalaan siang seperti berbentuk L terbalik. Pada bawah bampar hadapan terdapat lohong besar yang dihiaskan dengan jeriji lurus warna perak dan terdapat lampu bulat untuk kabus.

Pada ruang dalaman pula, unsur-unsur seperti kerusi kulit Nappa, sentuhan aksen alumi­ni­um dan skrin sentuh mencetuskan elemen kemewahan dan teknologi. Garis kontur pada kerusi seperti separa bucket memberikan keselesaan dan lembut.

Ciri-ciri tambahan yang menjadikan Proton X70 ini boleh mencabar SUV lain ialah kamera 360 darjah, sistem pemantauan angin tayar (TPMS), kamera panda­ngan hadapan dan sistem bantuan pemanduan yang terdiri daripada sistem brek kecemasan automatik (AEB), amaran keluar laluan (LDW), cruise control adaptif (ACC) serta enam beg udara SRS sebagai ciri standard untuk semua varian.

Selain itu, terdapat juga ciri Kawalan Jauh Tele­fon Pintar dan port USB yang banyak iaitu dua untuk penumpang hadapan dan pemandu, dua untuk penumpang belakang dan satu di belakang cermin pandang belakang.

Kesemua varian X70 menggunakan enjin dan transmisi yang sama iaitu enjin petrol empat silinder 1.8 liter TGDi turbo berkuasa 181 kuasa kuda (hp) dan daya kilas maksimum 285 Nm digandingkan dengan kotak gear enam kelajuan automatik.

X70 didatangkan dengan lima pilihan warna iaitu putih, perak, kelabu, coklat dan merah. – UTUSAN ONLINE

Tags: ProtonSUV
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

13/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik Proton X50 mendakwa kenderaan yang dipandunya mengalami insiden Sudden Unintended Acceleration (SUA) apabila kelajuan meningkat...

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

25/09/2025
0

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd