• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pretasi KLIA Melebihi Sasaran Kualiti Perkhidmatan

oleh Cj Mnh
21/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjaya melepasi sasaran perkhidmatan berkualiti pada Oktober 2018 yang ditetapkan mengikut Rangka Kerja Kualiti Perkhidmatan Penerbangan (QoS) Lapangan Terbang Malaysia.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Raja Azmi Raja Nazuddin dalam satu kenyataan hari ini, berkata usaha memenuhi sasaran QoS adalah antara beberapa inisiatif bagi meningkatkan pengalaman pengguna.

“Pada asasnya, kami mahu mentransformasi pemikiran masyarakat dan membiasakan mereka dengan budaya pekhidmatan berkelas dunia,” katanya.

Malah, katanya, MAHB juga baru-baru ini melancarkan program transformasi budaya perkhidmatan dikenali ‘Happy Guests, Caring Hosts.’

QoS yang diasaskan pada September, merupakan pengukur prestasi perkhidmatan yang bertujuan memastikan keselesaan penumpang secara konsisten di lapangan terbang dan meningkatkan pengalaman pengguna.

Pada bulan pertama pelaksanaannya, Raja Azmi berkata tiga elemen menjadi ukuran iaitu kebersihan tandas, keadaan tandas pekerja serta aspek Wi-Fi.

Menurutnya, bulan kedua pula melibatkan tambahan lima elemen baharu perkhidmatan iaitu ketersediaan dan kebolehpercayaan perkhidmatan Aerotrain di Terminal Utama KLIA, kemudahan orang ramai seperti lif, eskalator dan platform pejalan kaki, jambatan penumpang, kecekapan sistem pandu arah ‘docking’ atau pesawat berlabuh dan kesediaan operator sebelum ketibaan pesawat.

“Kami gembira kerana dapat terus melepasi sasaran perkhidmatan di kedua-dua terminal walaupun dengan penyenaraian lima elemen baharu yang menjadikan lapan elemen (pengukur),” katanya. – BERNAMA

Tags: KLIAprestasi
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Wanita yang didakwa menetap di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disahkan warga tempatan dan memiliki kad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd