Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

Maal Hijrah Tingkat Persaudaraan...

KUALA LUMPUR - Umat Islam Malaysia diseru mengambil semangat sambutan Maal Hijrah tahun...

CIA Sahkan Pemimpin Al-Qaeda...

WASHINGTON - Sebuah peluru berpandu jenis Hellfire yang dilancarkan dron Agensi Perisikan Pusat (CIA)...

MCA Mersing Gesa Wee...

MERSING : MCA Bahagian Mersing menggesa Presidennya, Datuk Seri Wee Ka Siong meletakkan...

2 ‘Datuk’ Direman Kes...

KUCHING - Dua individu bergelar ‘Datuk’ direman untuk membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu...

PPM Sandakan Rampas 1,890 Kotak Rokok Seludup

SANDAKAN – Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan merampas 1,890 bungkus rokok seludup pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM9,330 di kawasan Jalan Taman Harmoni Batu 3 di sini malam tadi.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata rampasan pada kira-kira pukul 8.30 malam itu hasil risikan maklumat daripada Unit Risik Marin (URM) PPM Sandakan.

Beliau berkata semasa operasi di kawasan itu, pihaknya mengesan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan di tepi jambatan dan pemandu yang keluar dari kenderaan itu untuk memunggah bungkusan plastik berwarna hitam berisi rokok, terus melarikan diri ke perkampungan setinggan selepas menyedari kehadiran polis.

“Toyota Vigo itu didapati membawa muatan 1,890 bungkus rokok pelbagai jenama antaranya Astro Hijau (460), Astro Merah (750), L.A (100) Absolute Menthol (100), Era Black (80), Apache (150) dan Premium (250),” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Mohamad Pajeri usaha untuk mengesan kesemua suspek masih diteruskan. – BERNAMA

Kategori