• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Disyaki Pecah Rumah, Cabul Di Kulim Ditahan

oleh
01/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam kes pecah rumah dan cabul seorang remaja perempuan di Taman Seraya, Kulim, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Ahmad Nasir Jaafar berkata dalam kejadian 3 pagi itu, mangsa berusia 17 tahun sedang tidur bersama tiga rakan perempuan di rumahnya sebelum dua lelaki berusia 20-an menceroboh masuk ke dalam biliknya.

“Semasa kejadian, lampu bilik mangsa dalam keadaan terpasang sebelum seorang daripada suspek terus mencabul mangsa dan mengambil komputer riba, tab jenama Asus dan topi keledar sebelum mereka melarikan diri.

“Mangsa sempat mengecam salah seorang daripada suspek yang pernah bekerja dengan bapanya sebagai pekerja kontrak,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ahmad Nasir berkata mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Kulim dan polis berjaya menahan suspek berhampiran rumah mangsa pada 9.45 malam tadi ketika suspek bertemu keluarga mangsa untuk berbincang.

“Suspek yang mempunyai dua rekod jenayah lampau mengaku terlibat dalam kejadian tersebut dan perintah reman akan dipohon hari ini. Polis juga sedang memburu seorang lagi suspek,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kanak-Kanak 2001. – BERNAMA

Tags: Kes Pecah Rumah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemain Bola Terbabit Kes Pecah Rumah Disambung Reman 7 Hari Lagi

Pemain Bola Terbabit Kes Pecah Rumah Disambung Reman 7 Hari Lagi

10/07/2023
0

PONTIAN: Bekas pemain bola sepak dan rakannya yang ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes pecah rumah pada minggu lalu,...

Geng Pecah Rumah Dan Samun Tumpas

28/12/2018
0

PORT DICKSON - Polis menumpaskan kumpulan pecah rumah, curi dan samun yang dikenali 'Geng Dini' ekoran penahanan tiga lelaki di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd