• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Dua Lelaki Asing Edar Dadah Di Lahad Datu

oleh Ahmad Albab
14/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Polis menahan dua lelaki warga asing dipercayai pengedar dadah dalam serbuan Ops Tapis di sekitar daerah ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata kedua-dua suspek ditahan di lokasi berasingan antara pukul 12.15 tengah hari hingga 5 petang.

“Suspek pertama seorang warga Indonesia berumur 35 tahun, ditahan di Kampung Silam dan dipercayai penagih serta pengedar dadah kecil-kecilan sejak dua bulan lalu.

“Ketika ditahan, suspek memiliki satu paket plastik lutsinar berisi dadah jenis Syabu seberat 5.15 gram (RM772.50) serta satu paket plastik lagi berisi 10 gulung kertas timah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Nasri berkata serbuan di sebuah ladang sawit di Jalan Jerocho turut membawa penangkapan seorang lelaki Filipina berusia 49 tahun yang diburu polis sejak setahun lalu, dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah termasuk menjual Syabu.

Menurutnya, suspek ditahan bersama dadah jenis Syabu dianggarkan bernilai RM9,037.50 ketika diserbu.

“Polis yang memeriksa beg silang dipakai saspek menemukan satu beg kecil berwarna coklat yang mengandungi empat paket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki syabu seberat 60.25 gram dan 30 gulung kertas timah,” katanya dan menambah polis turut menjumpai penyedut minuman berwarna putih yang telah diubahsuai, alat penimbang serta gunting.

Beliau berkata polis Lahad Datu komited untuk membanteras jenayah dadah hingga ke akar umbi termasuk aktiviti perjudian. – BERNAMA

Tags: Edar Dadahwarga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

14/10/2025
0

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd