• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Permatang Pauh Terkejut Keputusan Nurul Izzah

oleh
18/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – PKR Permatang Pauh terkejut dan sedih dengan keputusan Anggota Parlimen kawasan itu, Nurul Izzah Anwar, meletak jawatan Naib Presiden PKR dan jawatan-jawatan lain yang diamanahkan kepadanya.

Timbalan Ketua Cabang Permatang Pauh Dr Afif Bahardin berkata berikutan itu, pihaknya mahu Nurul Izzah yang baru dilantik sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang memberi penjelasan berhubung tindakannya melepaskan semua jawatan dalam parti hari ini kerana ia menjadi tanda tanya kepada anggota parti.

“Saya percaya, keputusan Nurul Izzah yang juga Ketua Cabang PKR Permatang Pauh itu adalah berkemungkinan berpunca daripada rentetan rasa tidak puas hati dan kekecewaan tentang hala tuju parti serta senario politik dalaman semasa.

“Kami ingin menyeru terutamanya kepada kepimpinan tertinggi PKR untuk mengambil langkah proaktif bagi membentuk semula kesepakatan dan keyakinan anggota kepada parti pasca Pemilihan PKR 2018,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Nurul Izzah dalam kenyataan hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Naib Presiden PKR selain melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang.

Nurul Izzah, yang digelar sebagai ‘Puteri Reformasi’ sejak permulaan era gerakan ‘Reformasi’ bagaimanapun berkata beliau akan kekal sebagai anggota biasa PKR dan Anggota Parlimen Permatang Pauh sehingga tamat penggal.

Semalam, PKR mengumumkan pelantikan Nurul Izzah sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang yang baharu menggantikan Anggota Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman.

Dr Afif yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya berkata kepimpinan tertinggi parti perlu mengambil pendekatan inklusif, berlapang dada dan penuh hikmah demi memastikan kelangsungan perjuangan reformasi dan PKR.

Beliau berkata kepimpinan tertinggi PKR juga perlu melihat perkara ini dengan lebih teliti kerana Nurul Izzah melepaskan jawatan Naib Presiden parti selepas beliau menang pemilihan PKR baru-baru ini.

Katanya, ramai orang terutama pengundinya tertanya-tanya sebab Nurul Izzah bertindak sedemikian.

“Sekarang ini apa yang paling penting untuk dibincangkan oleh pimpinan parti ialah kenapa Nurul Izzah buat keputusan melepaskan jawatan dimenanginya.

“Kami di Permatang Pauh rasa lebih penting untuk fikirkan dan bincangkan kerana jawatan naib presiden itu bukan dilantik tetapi beliau telah memenanginya pada pemilihan parti,” katanya. – BERNAMA

Tags: Nurul Izzah Anwar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

Nurul Izzah Nafi Letak Jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah Nafi Letak Jawatan Timbalan Presiden PKR

31/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menafikan khabar angin beliau akan meletakkan jawatan. Beliau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd