• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesawah Puas Hati Baja Silikon Formula NAFAS

oleh Cj Mnh
15/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

YAN – Pesawah dari Kampung Ulu Dulang Kechil dekat sini yang menggunakan baja silikon sebagai percubaan untuk baja subsidi inisiatif Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd (MNFSB) di Gurun berpuas hati dengan kualiti biji padi mereka selepas penggunaan baja itu.

Yusof Kadir, 46, berkata dia mendapati hasil kutipan padinya meningkat antara 30 hingga 40 peratus berbanding sebelum ini setelah mengguna pakai baja silikon terhadap tanaman padinya itu.

“(Hasil) meningkat daripada guna baja (subsidi) lama…daripada segi ketahanan pokok (padi), kurang penyakit dan saya sangat berpuas hati dan rasa suka menggunakan baja silikon ini sebab menguntungkan kami,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Yusof yang memiliki sawah seluas 10 relung di kampung itu berkata selain itu, kos untuk penggunaan racun serangga perosak juga berkurangan kerana racun berkenaan sudah tidak banyak digunakan untuk menghadapi serangan serangga terhadap pokok padinya.

Berkongsi pendapat sama, seorang lagi pesawah Sulaiman Daud, 54, berkata dia gembira dengan hasil tanaman padinya seluas 18 relung apabila kutipan padinya meningkat sehingga pernah mencecah 2.3 tan metrik bagi serelung sawah.

“Malah kualiti padi lebih elok…nak jaga pun mudah. Pokok padi tak mudah rebah, daun pokok padi itu lebih tebal dan keras,” katanya.

Sementara itu, Adrolsham Ahmad, 38, yang mempunyai sawah berkeluasan 20 relung pula berkata hasil kutipan padinya pernah meningkat sehingga 2.1 tan metrik kerana penggunaan baja silikon itu amat bagus apabila pokok padinya mampu bertahan daripada serangan penyakit.

“Pokok padi saya kuning elok, kurang hijau. Kiranya saya berpuas hati dengan baja silikon NAFAS ini,” katanya.

Sehubungan itu, ketiga-ketiga mereka mengharapkan kerajaan dapat mempertimbangkan supaya membenarkan penggunaan baja silikon formula baharu Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menerusi anak syarikatnya itu secara meluas untuk pesawah di negara ini.

Semalam, Bernama melaporkan NAFAS menerusi kilang bajanya MNFSB itu mengorak langkah ke depan merancang untuk menghasilkan baja silikon bagi pembekalan baja subsidi untuk kegunaan pesawah di negara ini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MNFSB Abd Halim Hamzah dipetik sebagai berkata NAFAS membuat satu kajian secara terperinci dan saintifik dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) supaya formulasi baja silikon itu dapat diketengahkan dalam pembekalan baja subsidi itu. – BERNAMA

Tags: berasNAFAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

LPP Nafi Tidak Pernah Tegur Lembaga Pengarah NAFAS

LPP Nafi Tidak Pernah Tegur Lembaga Pengarah NAFAS

03/11/2024
0

ALOR SETAR : Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menafikan dakwaan pihaknya tidak pernah membuat teguran terhadap Ahli Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang...

Isu Sama Ada Harga Beras Dinaikkan Diputuskan Beberapa Bulan Lagi – Menteri

Isu Sama Ada Harga Beras Dinaikkan Diputuskan Beberapa Bulan Lagi – Menteri

07/06/2024
0

SERDANG : Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang melaksanakan perbincangan dengan pihak berkaitan mengenai cadangan menaikkan harga siling beras...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd