• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesan Kek Lapis Secara Dalam Talian Tingkatkan Jualan

oleh Cj Mnh
24/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Perkembangan teknologi komunikasi menerusi media sosial menyaksikan seorang pengusaha kek lapis menggunakan peluang sepenuhnya kemudahan tersebut untuk menjual produk terkenal negeri Sarawak itu dengan lebih meluas.

Pengarah Urusan Iana Corporation Sdn Bhd, Mohammad Hafidz Rohani, pengusaha Kek Lapis Sarawak Siti Payung berkata jualan dalam talian menyumbang kira-kira 11 peratus daripada keseluruhan hasil jualan perniagaan yang diusahakan bersama isterinya itu.

Kata beliau Siti Payung memberi tumpuan kepada kek lapis Sarawak jenis ‘roll’ kerana penilaian terhadap pasaran dan bagi memposisikan diri dengan pesaing lain.

“Selain memiliki kedai fizikal di Miri dan wakil jualan di beberapa lokasi di seluruh negara, saya melihat potensi yang mampu dijana menerusi laman sosial. Kami memiliki satu laman sesawang khas iaitu https://sitipayung.com.my yang sudah beroperasi sejak dua tahun lalu lengkap dengan kemudahan e-commerce membolehkan pelanggan membayar terus secara dalam talian ianya nyata memudahkan.

“Ketika ini hasil jualan kek lapis secara dalam talian menyumbang kira-kira 11 peratus perolehan perniagaan, manakala baki jualan dijana menerusi kedai fizikal dan juga hasil jualan oleh pengedar Kek Lapis Sarawak Siti Payung,” katanya kepada Bernama.

Selain memiliki laman web khusus untuk kemudahan pelanggan membuat tempahan, Kek Lapis Sarawak Siti Payung juga memasarkan produk dihasilkan menerusi beberapa laman sosial seperti Instagram; Youtube; Facebook; laman blogspot serta laman jualan dalam talian seperti Lazada dan Shopee.

Mohammad Hafidz berkata Iana Corporation yang beroperasi sejak tahun 2010, membelanjakan belasan ribu ringgit setiap tahun untuk kos promosi perusahaan kek lapis mereka termasuk pengiklanan menerusi laman sosial.

“Setiap satu medium jualan kek lapis Siti Payung ini memiliki kekuatan sendiri. Saya beri contoh jualan menerusi laman blogspot Siti Payung, apabila pengguna melakukan carian di Google rating Siti Payung juga meningkat.

“Menjual di Lazada atau Shopee yang paling penting ialah branding sebelum kita dapat mengejar pasaran. Lebih menarik apabila tiba musim perayaan carian kek lapis di Lazada dan Shopee akan meningkat, mereka (Lazada dan Shopee) pula membuat pemasaran untuk kita ,” katanya.

Mohammad Hafidz berkata namun yang paling penting ialah usahawan perlu memberi tumpuan kepada kesedaran jenama dalam memasarkan produk yang dihasilkan.

“Potensi jualan secara dalam talian tidak terhad kepada kek lapis sahaja, laman sesawang Siti Payung kini turut memasarkan pelbagai produk keluaran usahawan Sarawak seperti garam bario; gel gambir; mi kolok segera; sambal cili geronong; sambal ikan tahai; snek peria garing serta pelbagai lagi,” katanya. –BERNAMA

Tags: dalam taliankek lapis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Dominasi Pendaftaran Ahli Baharu UMNO, Catat 6,560 Keahlian

Johor Dominasi Pendaftaran Ahli Baharu UMNO, Catat 6,560 Keahlian

26/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan tahniah kepada Johor yang mencatat jumlah pendaftaran ahli...

21,858 Bekas Ahli Dan Ahli Baharu Sertai UMNO

21,858 Bekas Ahli Dan Ahli Baharu Sertai UMNO

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – UMNO merekodkan kemasukan seramai 21,858 ahli baharu serta bekas ahli yang kembali menyertai parti itu dalam tempoh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd