• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkhidmatan Pengangkutan Awam Dikaji Semula

oleh
01/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan akan mengkaji semula aspek perkhidmatan dan penyediaan sistem pengangkutan awam di seluruh negara bagi mengatasi kelemahan dan melakukan penambahbaikan demi kesejahteraan rakyat.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata antara usaha dalam perancangan kementerian ialah memperkenal perkhidmatan bas menghubungkan kawasan bandar dan luar bandar selain menyeragamkan peraturan perkhidmatan e-hailing agar setara dengan perkhidmatan teksi.

“(Usaha-usaha lain termasuk) membangunkan usaha penambahbaikan industri teksi dan e-hailing serta mengkaji semula perkhidmatan bas sedia ada dalam bandar atau pekan di seluruh negara,” katanya pada majlis pelancaran pas perjalanan tanpa had My100 dan My50 oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di sini hari ini.

Loke seterusnya berkata tindakan juga diambil untuk meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya seperti melalui penguatkuasaan pemasangan dan pemakaian tali pinggang keselamatan bagi semua kerusi penumpang bas ekspres baharu dan bas persiaran.

“Saya juga telah mengumumkan syarat wajib untuk semua bas dilengkapi sistem brake retarder serta pematuhan untuk memasang speed de-limiter dalam bas,” katanya.

Loke berkata turut diberi perhatian ialah peruntukan berkaitan kesalahan melanggar peraturan jalan raya agar penalti lebih berat dapat diperkenal sebagai ‘’deterrence’’ kepada pesalah tegar.

Dalam sidang media kemudian, menteri itu berkata pihaknya akan mengambil tindakan terhadap pemandu perkhidmatan e-hailing yang enggan mendapatkan lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) menjelang Julai tahun hadapan.

Beliau berkata kementerian tidak akan bertolak-ansur dalam perkara itu.

“Tiada lanjutan tempoh bagi pemandu perkhidmatan e-hailing mendapatkan PSV. Pemandu yang tidak mendapatkannya menjelang Julai akan dikenakan tindakan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Anthony Loke
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

Relik Suci Master Hsing Yun Tiba Di Malaysia – Anthony Loke

Relik Suci Master Hsing Yun Tiba Di Malaysia – Anthony Loke

22/03/2026
0

Oleh Mynewshub SEPANG – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menyifatkan kehadirannya di Terminal Subang Skypark semalam sebagai satu penghormatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd