• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peringatan Syed Saddiq Buat Armada

oleh Ahmad Albab
27/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) perlu berfikir seperti kerajaan dan bekerja keras seolah-olah mereka pembangkang dalam menjuarai dan mencari penyelesaian pelbagai isu dan agenda yang dekat di hati anak muda dan masyarakat.

Dalam membuat gesaan itu, Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata dalam perjuangan, mereka juga perlu menjauhi daripada terjebak dengan budaya bermewah-mewah.

”Anak muda, baik lelaki atau wanita, adalah barisan utama dalam membawa isu-isu relevan dan berusaha mencari jalan penyelesaian. Kita jangan fikir soal kemewahan.

“Kerana dahulu tanpa duitpun kita mampu berjuang. Budaya sebeginilah yang kita perlu kekalkan,” katanya dalam temu bual bersama beberapa organisasi media menjelang Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) mulai esok hingga Ahad.

Perhimpunan Armada, yang merupakan sayap Pemuda PPBM, dijadual berlangsung di lokasi sama pada esok dan Sabtu dengan kehadiran kira-kira kira-kira 800 perwakilan.

Syed Saddiq, yang juga Menteri Belia dan Sukan, seterusnya berkata perjuangan Armada perlu dilakukan termasuk melalui program turun padang dengan berinteraksi bersama khalayak dalam suasana santai seperti di kedai mamak, dan bukan sekadar di upacara rasmi dan ‘’majlis potong reben”.

Ketua Armada itu berkata beliau akan mengupas lebih lanjut mengenai hala tuju sayap itu dan landskap politik dalam ucapannya pada perhimpunan berkenaan.

“Melalui konvensyen Armada itu, kita ingin pastikan anak muda mendapat banyak tempat dan mempunyai penggerak di setiap lapisan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata isu lompat parti, peluang pekerjaan, rumah mampu milik selain kelangsungan bangsa Melayu, Bumiputera dan Islam antara perkara yang dijangka diangkat perwakilan Armada.

“Banyak lagi isu berkaitan anak muda boleh dibawa sewaktu konvensyen Armada itu seperti hasrat melihat kepimpinan (parti dan negara) mengamalkan integriti dalam membangunkan negara agar dihormati dunia,” katanya.

Mengulas isu lompat parti, Syed Saddiq yang juga Anggota Parlimen Muar mempunyai mesej jelas – PPBM tidak memerlukan kemasukan anggota politik yang terpalit dengan salah laku atau unsur jenayah di bawah pemerintahan kerajaan terdahulu.

Ia merujuk kepada tindakan lompat parti melibatkan anggota UMNO terutama anggota Parlimen dan pemimpinnya untuk menyertai parti lain termasuk PPBM yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Syed Saddiq berkata Armada sedar bahawa PPBM perlu memperkukuhkan parti namun permohonan kemasukan mana-mana bekas pemimpin pembangkang perlu diperhalusi sebelum dibenarkan berbuat demikian.

“Jika ada perompak dan pencuri masuk PPBM, saya sendiri akan keluar PPBM,” tegasnya.

Menurutnya, kemasukan mana-mana bekas anggota atau pemimpin UMNO tidak harus menjurus kepada kes mahkamah melibatkan mereka, jika ada, digugurkan hanya kerana menyatakan sokongan kepada PPBM mahupun Pakatan Harapan.

Syed Saddiq menarik perhatian bahawa kemasukan pemimpin berpengalaman daripada UMNO tidak harus dilihat sebagai signal untuk meminggirkan barisan pemimpin muda PPBM yang bersedia mencorak parti berbekalkan kepercayaan dan hala tuju yang jelas.

PAT PPBM itu dijangka dihadiri kira-kira 3,000 perwakilan melibatkan 135 bahagian di seluruh negara termasuk wakil Armada daripada 115 bahagian dan wakil Srikandi daripada 98 bahagian. – BERNAMA

Tags: armadaSyed Saddiq Syed Abdul Rahman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq Tak Terima Keuntungan Secara Salah, ARMADA Tak Rugi – Mahkamah Rayuan

Syed Saddiq Tak Terima Keuntungan Secara Salah, ARMADA Tak Rugi – Mahkamah Rayuan

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendapati pendakwaan gagal membuktikan Ahli Parlimen Muar itu...

Armada Lapor Polis Video Muhyiddin Tular

Armada Lapor Polis Video Muhyiddin Tular

20/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) membuat laporan polis berhubung video tular membabitkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd