• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Himpunan 812: Silakan Tetapi Jaga Keamanan

oleh
08/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Peserta perhimpunan aman bagi ‘kesyukuran’ meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Me­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di ibu negara, diminta agar menjaga keamanan dan kebersihan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Mohamed Hanipa Maidin berkata setiap rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mengadakan perhimpunan aman mengikut undang-undang negara, namun perhimpunan itu perlu dikawal supaya tidak menimbulkan sebarang provokasi.

“Saya mengulangi apa dikatakan Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad)…jika mereka mahu berhimpun, nak buat kesyukuran…itu hak mereka, janji jangan ada apa-apa tindakan provokatif.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita semua bertanggungjawab jaga keamanan. Memang dulu sewaktu kami (pihak pembangkang) berhimpun, kami akan ingatkan kepada pengikut supaya menjaga keamanan, kebersihan dan sebagainya,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan program Khatan Asnaf di sini malam ini.

Mohamed Hanipa turut mengingatkan pemimpin daripada pihak yang menyokong perhimpunan tersebut agar turut serta, dan tidak hanya membiarkan pengikut berhimpun.

“Kita harap jangan pengikut sahaja yang pergi, pemimpin pun kena pergi,” katanya.

Terdahulu, Mohamed Hanipa merasmikan program Khatan Asnaf dianjurkan PAN Cawangan Kepala Batas bersama Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) yang disertai 40 kanak-kanak asnaf dari kawasan setempat.

Ketua PAN Cawangan Kepala Batas, Ramli Omar berkata tujuan PAN mengadakan program sedemikian adalah untuk membuka mata masyarakat bahawa perkhidmatan khatan sememangnya disediakan secara percuma oleh pihak kerajaan.

“Dengan pendekatan ini, kita harap masyarakat sedar bahawa perkhidmatan khatan ini memang disediakan percuma oleh pihak kerajaan. Selama ini ramai yang menggunakan perkhidmatan yang mengenakan bayaran kerana tidak tahu,” katanya.

Ramli berkata 40 kanak-kanak asnaf akan dibawa ke Hospital Kepala Batas esok untuk berkhatan manakala selebihnya akan dibawa pada tarikh ditetapkan pihak hospital kemudian. – BERNAMA

Tags: Hanipa MaidinICERD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam Selimut’ Negara

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam Selimut’ Negara

29/10/2022
0

Petikan Page Viral Posts (FB) ICERD merupakan sebuah konvensyen oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertujuan untuk memupuk kesetaraan kaum...

TMJ: Mahathir ‘Tak Jujur’ Dalam Isu Statut Rom, ICERD

16/12/2021
0

Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad didakwa tidak jujur dalam isu Statut Rom dan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd