Saturday, October 5, 2024

Creating liberating content

Rumusan Situasi Banjir Semasa...

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Pada 26 Disember 2014, kejadian banjir telah melibatkan...

Salah Siapa? Individu Islam...

Akibat tidak berhati-hati memilih tempat untuk menjamu selera, seorang individu 'sesal separuh nyawa' kerana...

Bapa Adib Mahu Prosiding...

SHAH ALAM - Mahkamah Koroner di sini diminta untuk mempercepatkan prosiding permohonan komital...

Prosiding Komital Tak Jejas...

SHAH ALAM - Prosiding permohonan komital (menghina mahkamah) yang difailkan keluarga anggota bomba,...

Peniaga Hasilkan Cendol Dari Beras Basmathi

BUTTERWORTH – Cendol kebiasaannya diperbuat daripada tepung beras, namun seorang peniaga membuat kelainan dengan menggunakan beras basmathi bagi menghasilkan pencuci mulut yang lebih sedap dan istimewa.

Pengurus Best Said Cendol Mohd Faizal Said, 37, berkata beras basmathi mempunyai aromanya tersendiri dan teksturnya lebih kenyal selain mempunyai keenakan tersendiri.

“Resepi menghasilkan cendol itu adalah turun temurun dari keluarga sebelah ibu saya sejak 30 tahun lepas dan saya generasi ketiga yang meneruskan perniagaan berkenaan, memang kami gunakan beras basmathi untuk hasilkan cendol itu supaya ia lebih istimewa tanpa sebarang bahan pengawet.

“Pewarnanya juga hanya dari daun pandan 100 peratus sebab kami mahu pastikan keasliannya. Selain itu, santan segar untuk dicampur dalam cendol berkenaan juga diperah sendiri setiap hari bagi menjaga keenakkannya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ulangtahun ke-13 perniagaan Best Said Cendol di Jalan Todak, di sini hari ini.​​​​​​​

Pada majlis itu, sebanyak 1,300 mangkuk cendol diberikan secara percuma kepada orang ramai dan habis dalam tempoh kira-kira dua jam.

Mohd Faizal yang berniaga di tepi jalan menggunakan trak makanan sejak 13 tahun lepas itu berkata cendol yang dijual pada harga antara RM3 hingga RM10 itu bukan sahaja menjadi kegemaran penduduk tempatan malah pelancong luar negara dan ada pelancong yang sanggup membekukannya untuk dibawa balik ke Singapura.​​​​​​​


Beliau berkata selain cendol kacang, pulut, aiskrim dan durian, pelanggan gemar menikmati cendol istimewa dengan gabungan beberapa bahan lain seperti jagung, barli, cincau dan buah kabung serta durian.

Katanya beliau turut bercadang mengembangkan perniagaannya menggunakan konsep francais pada masa depan dan mendapat kerja sama daripada pelbagai pihak terutama agensi kerajaan.​​​​​​​

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin yang hadir merasmikan majlis itu berkata kerajaan negeri sentiasa menyokong usahawan dan peniaga di negeri ini supaya dapat meningkatkan pendapatan serta ekonomi keluarga.

“Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) juga sentiasa berusaha untuk mewujudkan perniagaan yang kondusif kepada peniaga,” katanya. – BERNAMA

Kategori