Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Permohonan Parol Pembunuh Lennon...

PERMOHONAN parol yang dimohon pembunuh ahli kumpulan lagenda The Beatles, John Lennon telah...

Diraba Ketika Belajar Al-Quran

AKIBAT mengikut nafsu, seorang guru agama sanggup mencabul beberapa murid lelaki di sebuah...

ADUN Wanita Dikaitkan MB...

PETALING JAYA - Wakil rakyat wanita yang dikaitkan dengan menteri besar Selangor akan...

Mesin Permainan Anak Patung...

SHAH ALAM: Mesin permainan anak patung kanak-kanak atau seumpama dengannya adalah termasuk dalam...

Peniaga Buah Kena Sembelih

GEORGETOWN – Seorang peniaga buah parah selepas lehernya disembelih seorang lelaki dalam pergaduhan di Pasar Karat, Lorong Kulit, di sini hari ini.

Dalam kejadian 6.30 pagi itu, mangsa yang berusia 35 tahun dikatakan sedang bersiap menyusun buah di meja untuk dijual di pasar terbabit.

Bagaimanapun, suspek yang juga tinggal di kawasan berhampiran tiba dengan membawa sebilah pedang sebelum berlaku pertengkaran dengan mangsa.

Sumber berkata, suspek kemudian mengamuk dan memegang kepala mangsa sebelum menyembelih lehernya.

“Orang ramai yang berada di lokasi kejadian kemudian menghubungi polis dan mangsa ketika itu cuba ditenangkan.


“Polis yang tiba di lokasi kejadian meminta mangsa menyerah diri namun dia enggan berbuat demikian dan polis terpaksa melepaskan satu das tembakan yang terkena kakinya,” katanya.

Sumber berkata, suspek dikatakan berada di bawah pengaruh dadah dan kedua-dua mereka kini berada di Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang mengesahkan kes terbabit dan setakat ini polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenalpasti motif suspek. – BH ONLINE

Kategori