• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengurus Pusat Hiburan Mati Ditetak

oleh
16/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang lelaki berusia 28 tahun maut selepas ditetak dengan parang oleh sekumpulan lelaki di hadapan pusat hiburan di Jalan Sg Jernih 8/1, Seksyen 8 di sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 6.38 pagi apabila kumpulan lelaki yang menaiki empat kereta, bertindak memukul mangsa yang merupakan seorang pengurus pusat hiburan di Bangsar.

“Lelaki yang cedera parah itu bertindak lari menyelamatkan diri ke dalam pusat hiburan namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan kamera litar tertutup mendapati mangsa bertengkar dengan beberapa lelaki di luar pusat hiburan itu kira-kira sejam sebelum kejadian.

“Polis menahan tiga lelaki berusia antara 20 dan 31 tahun bagi membantu siasatan, dan merampas empat kereta serta tiga bilah parang,” katanya dan menambah kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tinjauan Bernama mendapati beberapa suspek dibawa ke lokasi kejadian oleh anggota polis untuk membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: kes tetak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengaku Tetak Anak Dan Isteri, Lelaki Dipenjara 20 Tahun

Mengaku Tetak Anak Dan Isteri, Lelaki Dipenjara 20 Tahun

04/11/2025
0

Sibu: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun terhadap seorang lelaki berusia 58 tahun selepas...

‘Saya Dengar Suara Mengerang Kesakitan, Lihat Anak Berlumuran Darah’ – Ibu Mangsa Tetak

‘Saya Dengar Suara Mengerang Kesakitan, Lihat Anak Berlumuran Darah’ – Ibu Mangsa Tetak

25/10/2025
0

TUMPAT: "Saya terdengar suara mengerang kesakitan dari luar rumah sebelum keluar dan sangat terkejut melihat anak dalam keadaan berlumuran darah,"...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd