Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Rakyat Malaysia Perlu Amalkan...

KUALA LUMPUR - Ketika Malaysia menjadi negara yang semakin matang, rakyatnya perlu mengamalkan...

Penjawat Awam Sabah Dapat...

KOTA KINABALU - Penjawat awam negeri di Sabah akan diberi bantuan khas RM500,...

SEGERA: BN Kekal Kemenangan...

TUMPAT - Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor...

APMM Labuan Rampas Lori...

LABUAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mematahkan cubaan menyeludup dan merampas minuman beralkohol yang...

Pengumuman SPR Tidak Luntur Semangat BN

KUANTAN – Pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa Naib Presiden MIC Datuk C. Sivarraajh tidak layak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands tidak akan melunturkan semangat jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN).

Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata keputusan itu sebaliknya akan membuatkan mereka bekerja dengan lebih bersemangat kerana menerimanya sebagai cabaran besar yang perlu ditangani.

Katanya, BN Pahang juga akan mengadakan perbincangan segera dengan kepimpinan BN Pusat dan Sivarraajh untuk tindakan selanjutnya.

“Saya juga sedih dan kecewa dengan keputusan (SPR) ini. Tambahan pula Sivarraajh telah terbukti seorang anggota Parlimen yang bagus selepas memenangi kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

“Saya percaya apa juga keputusan kepimpinan BN Pusat dan negeri akan diterima dengan berlapang dada oleh jentera parti yang seterusnya akan bekerja lebih kuat untuk memastikan kemenangan BN pada PRK itu,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

SPR hari ini, mengesahkan Sivarraajh tidak boleh dipilih atau tidak boleh didaftarkan atau disenaraikan sebagai seorang pemilih atau mengundi dalam mana-mana pilihan raya, dalam tempoh lima tahun bermula 13 Dis 2018.


Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun berkata perkara itu diputuskan selepas mengkaji keseluruhan keputusan Mahkamah Pilihan Raya pada 30 Nov lalu, serta Perakuan Hakim Pilihan Raya di bawah Seksyen 36 (2) (a).

PRK Parlimen Cameron Highlands akan diadakan ekoran keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang memutuskan kemenangan Sivarraajh pada PRU14 terbatal dan tidak sah kerana berlaku unsur rasuah untuk mendapatkan undi.

SPR menetapkan 12 Jan depan sebagai hari penamaan calon untuk PRK Cameron Highlands, manakala hari mengundi pada 26 Jan. – BERNAMA

Kategori