• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rompak Kedai 24 Jam: Penghantar Dijel 40 Bulan

oleh Cj Mnh
26/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang penghantar dokumen dijatuhi hukuman penjara 40 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan merompak sebuah kedai serbaneka serta mendatangkan ketakutan terhadap pekerja kedai itu, minggu lepas.

Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohammad Danial Al-Haziq Mohd Zaini, 22, dan memerintahkannya menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 17 Disember lepas.

Emelia juga menasihati tertuduh agar tidak menyalahkan orang lain atas kesalahan yang dilakukan sendiri serta tidak mengulangi perbuatan sama pada masa akan datang dan Mohammad Danial Al-Haziq yang tidak diwakili peguam mengangguk faham dan turut memohon maaf kepada mahkamah.

Dia didakwa merompak kabel telefon, pelbagai jenis rokok dan wang tunai dan semasa melakukan kesalahan itu dia dengan sengaja menyebabkan seorang penjaga stor Muhammad Raiz Azairin Mohd Razali, 24, ketakutan bahawa dirinya akan dicederakan.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Kedai 7 Eleven, Taman Beringin, Sentul, dekat sini, pada 4 pagi, 17 Disember 2018 mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.

Terdahulu, Mohammad Danial Al-Haziq merayu hukuman penjara yang singkat kerana dia penanggung tunggal keluarga dan itu adalah kesalahan pertamanya, bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mohd Ashif memohon hukuman setimpal yang dapat memberi pengajaran kepada tertuduh agar tidak melakukan perbuatan sama. – BERNAMA

Tags: kedai serbanekaRompak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengait Sawit Mengaku Tidak Bersalah Rompak Bekas Kekasih

Pengait Sawit Mengaku Tidak Bersalah Rompak Bekas Kekasih

11/08/2025
0

MELAKA – Seorang pengait sawit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan melakukan rompakan ke...

Lelaki ‘Lalok’ Dicekup Rompak Kedai Di Alor Gajah

Lelaki ‘Lalok’ Dicekup Rompak Kedai Di Alor Gajah

14/07/2025
0

Alor Gajah: Lelaki lalok dadah syabu dicekup polis selepas disyaki melakukan ugutan jenayah, samun dan merompak kedai serbaneka di bandar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd