• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengawal Keselamatan Didenda RM1,000 Curi Kasut Di Masjid

oleh
18/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Akibat mencuri sepasang kasut di masjid, seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman denda RM1,000 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Nor Ariffin Hisham menjatuhkan hukuman itu terhadap Unazri Mohamad, 36, selepas dia mengaku bersalah mencuri sepasang kasut jenama ‘K2 Safety’ milik Mohd Mokhtar Saad, 32, yang berharga RM100.

Mengikut fakta kes, Mohd Mokhtar yang ketika itu baharu selesai menunaikan solat telah keluar dari masjid dan terus mencari kasutnya untuk dipakai namun tidak berjumpa sebelum melihat tertuduh sedang memakai kasutnya di perkarangan masjid itu.

Tertuduh kemudian telah bertindak melarikan diri sebelum dikejar pengadu yang akhirnya menelefon pihak polis untuk menangkap lelaki itu.

Bapa tunggal dua anak itu didakwa melakukan kesalahan itu di Masjid As Syakirin, Taman Puchong Utama, Puchong, di sini, pada 4.40 petang, 14 Dis lalu mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Alia Sumayyah Amran memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Ng Kee Way merayu hukuman ringan atas alasan anak guamnya kini tidak lagi bekerja selain kasut yang diambilnya telah dipulangkan kepada pengadu. – BERNAMA

Tags: curi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Curi Tabung Masjid Di Shah Alam, Tiga Dipenjara Enam Bulan

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Curi Tabung Masjid Di Shah Alam, Tiga Dipenjara Enam Bulan

03/03/2026
0

SHAH ALAM – Empat lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Tukang Rumah Mengaku Salah Curi Duit Tabung Masjid

Tukang Rumah Mengaku Salah Curi Duit Tabung Masjid

07/09/2023
0

Kuala Terengganu : Seorang tukang rumah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencuri duit tabung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd