• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Dituduh Bakar Rumah Jiran

oleh Ahmad Albab
06/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan khianat membakar rumah jirannya akhir bulan lalu.

Tertuduh, Ramlan Madon, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Faiz Dziyauddin.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan khianat menggunakan api dengan maksud hendak menyebabkan kebakaran ke atas tiga buah rumah milik Suhaili Abu Bakar, Samakyah Johari dan Suzana Abu Bakar.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di Jalan Surau, Kampung Melayu Pandan di sini pada pukul 9 malam, 25 November lalu.

Ramdan didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Suhaili Sapun manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 6 Januari depan sebagai tarikh sebutan kes selain mengarahkan tertuduh mendapatkan pemeriksaan kesihatan di Hospital Permai. – K! ONLINE

Tags: kebakaranPenganggur
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd