• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendeposit TH Disaran Tidak Keluarkan Simpanan Terburu-Buru

oleh Cj Mnh
12/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyarankan pendeposit Tabung Haji (TH) supaya tidak mengambil tindakan terburu-buru mengeluarkan simpanan mereka di institusi kewangan berkenaan.

Katanya, walaupun wujud kesilapan pentadbiran Lembaga Tabung Haji terdahulu, namun adalah tidak wajar jika ada pendeposit mahu bertindak sedemikian kerana institusi berkenaan turut berperanan menjaga kebajikan jemaah haji dan bukan tertumpu kepada sektor ekonomi semata-mata.

“Tidak wajar (mengeluarkan simpanan daripada TH) kerana apa yang penting kita kena perbaiki TH. Jangan sebab nyamuk seekor, kita bakar kelambu. Kalau ada silap (dalam pentadbiran TH), kita perbetulkan,” katanya dalam program Bicara Minda anjuran Sinar Harian, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika disoal seorang penonton program berkenaan yang memintanya mengulas mengenai kewajaran pendeposit TH mengeluarkan simpanan mereka dan menabung di bank lain.

Baru-baru ini, TH membuat laporan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur melibatkan bekas pengerusi Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah serta kakitangan pengurusan kanan susulan dakwaan terlibat dalam penggelapan wang pendeposit bank itu.

Sementara itu, ketika ditanya moderator program Tan Sri Johan Jaafar tentang hubungan PAS dengan UMNO, Abdul Hadi menyatakan parti Islam berkenaan kekal berpendirian mengambil ‘jalan tengah’ daripada bekerjasama dengan parti Melayu tersebut mahupun Pakatan Harapan.

Namun jelas beliau, PAS masih boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk kedua-dua seteru politik berkenaan dalam isu-isu yang hanya memberi manfaat kepada negara dan umat Islam.

Bercakap kepada pemberita selepas itu mengenai perhimpunan aman menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada Sabtu lepas, Abdul Hadi menyifatkan ia sebagai satu amalan demokrasi.

“Dakwaan menyatakan perhimpunan itu bagi menjatuhkan kerajaan adalah tidak betul sama sekali kerana kita buat untuk nyatakan kesyukuran atas respon pentadbiran negara yang menunaikan tuntutan kita supaya tidak meratifikasi ICERD.

“Demonstrasi adalah amalan demokrasi tapi ia mesti dibuat dengan aman dan jangan ganggu rakyat,” katanya. – BERNAMA

Tags: PendepositTabung Haji
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Beri Peluang Pekerja Libat Diri Berbasikal

Next Post

UMNO Sabah Tidak Terbubar, Bung Mokhtar Pengerusi Badan UMNO Sabah

Related Posts

Iran Sahkan Operasi Janji Benar Sudah Berakhir

Konflik Iran-Israel: TH Teruskan Persiapan Bagi Musim Haji 2024 Seperti Dirancang – Mohd Na’im

14/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah...

Tabung Haji Umum Agihan Keuntungan 3.1 Peratus Bagi 2022

Tabung Haji Umum Agihan Keuntungan 3.1 Peratus Bagi 2022

28/04/2023
0

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan agihan keuntungan 3.1 peratus selepas zakat bagi tahun kewangan 2022. Ikuti Mynewshub: Telegram Menteri...

Next Post

UMNO Sabah Tidak Terbubar, Bung Mokhtar Pengerusi Badan UMNO Sabah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd