• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin PKR Diingatkan Salur Kritikan Secara Dalaman

oleh Ahmad Albab
30/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Pemimpin PKR pada semua peringkat dinasihati tidak menjadikan media sebagai saluran mengkritik parti sebaliknya menggunakan saluran yang sewajarnya untuk membangkitkan isu dalaman.

Ketua Penerangannya Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata ini bagi memastikan isu berbangkit diselesaikan secara baik menerusi musyawarah dan permuafakatan.

Bagaimanapun pada masa sama, beliau tidak menganggap perselisihan pendapat secara terbuka antara pemimpin PKR akan melemahkan parti.

Shamsul Iskandar yang juga Anggota Parlimen Hang Tuah Jaya berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Program iRUN Hang Tuah Jaya Fun Run 2018 dan Program Kembali Ke Sekolah di Air Keroh di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai perbezaan pendapat secara terbuka di antara Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung pelantikan anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR.

Mengulas lanjut, Shamsul Iskandar berkata gandingan Anwar dan Mohamed Azmin adalah yang terbaik dan diyakini anggota akar umbi untuk menerajui parti.

Mohamed Azmin pada Jumaat lepas menggesa Anwar meneliti semula pelantikan jawatan utama parti yang pada pandangannya tidak mencerminkan kehendak anggota akar umbi.

Dalam kenyataan balasnya Anwar berkata lantikan yang diumumkan itu bertujuan memastikan PKR bersifat inklusif sedangkan Mohamed Azmin tidak mahu orang-orang tertentu berada dalam barisan kepimpinan parti.

Anwar turut menasihati Mohamed Azmin agar menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan pandangan.

Terdahulu pada majlis itu Shamsul Iskandar turut menyampaikan baucar antara RM100 dan RM250 kepada 1,000 pelajar kurang berkemampuan dari 10 buah sekolah dalam kawasan Parlimen Hang Tuah Jaya. – BERNAMA

Tags: Pemimpin PKRShamsul Iskandar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Shamsul Iskandar, Albert Tei Didakwa Lagi Terima, Beri Rasuah RM64,924

Shamsul Iskandar, Albert Tei Didakwa Lagi Terima, Beri Rasuah RM64,924

05/12/2025
0

SHAH ALAM: Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ahli perniagaan, Albert Tei sekali...

Shamsul Iskandar Didakwa Setuju Terima RM100,000, Peroleh Suapan 76,829.03

Shamsul Iskandar Didakwa Setuju Terima RM100,000, Peroleh Suapan 76,829.03

04/12/2025
0

KUALA LUMPUR - Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd