• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin PH Perlu Terima ‘Teguran’ Rafizi

oleh Ahmad Albab
20/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Barisan kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) dinasihat untuk menerima ‘teguran’ Rafizi Ramli secara terbuka berhubung dapatan yang diperolehi, hasil kaji selidik bekas Naib Presiden PKR bahawa sokongan terhadap gabungan parti itu menurun.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution, berkata kenyataan Rafizi dibuat berdasarkan kaji selidik secara konsisten yang dijalankan INVOKE Malaysia, iaitu sebuah pertubuhan yang diasaskan olehnya.

Beliau berkata, hujah yang dikemukakan oleh Rafizi mempunyai asas yang tersendiri selain tidak dibuat secara emosi.

“Apabila Rafizi menulis mengenai sokongan terhadap PH menurun, beliau memberikan asas-asasnya.

“Saya fikir, pemimpin PH perlu menerima teguran Rafizi ini secara terbuka dan tidak boleh beremosi.

“Saya yakin Rafizi dapat merasakan PH seakan-akan hilang fokus dalam menunaikan tanggungjawab dan ini memberi kesan yang paling besar khususnya terhadap sokongan orang Melayu,” katanya memetik laporan Astro Awani, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai memberi reaksi kepada kaji selidik yang dijalankan INVOKE Malaysia yang mendapati masyarakat kini mula mempersoalkan pentadbiran PH.

Dengan dapatan itu, Rafizi mengingatkan kerajaan PH perlu komited untuk menunaikan janji supaya tidak melunturkan keyakinan rakyat termasuk usah terlalu ‘melayan’ sindrom pemimpin pembangkang lompat parti.

Mengulas lanjut mengenai ketidaktentuan yang sedang menimpa PH, Saifuddin berkata, beliau sedar mengenai perkara itu apabila PH semacam menunjukkan tanda kehilangan fokus.

Beliau berkata, pengurusan sokongan itu berlaku merentasi semua kaum dan kesan paling besar adalah daripada orang Melayu.

“Ini memberi peluang kepada pembangkang untuk meniup sentimen perkauman dan keagamaan sempit. Kita boleh tengok sekarang isu yang dibawa adalah isu LGBT, perkahwinan kanak-kanak hatta (isu) bersunat budak perempuan itu mendominasi.

“Sebenarnya, penurunan sokongan ini merentasi kaum, dan ini memberikan peluang kepada pembangkang meniupkan isu perkauman dan keagamaan sempit, hingga menenggelamkan agenda reformasi sebenar.

“Tetapi, rakyat lebih dihidang isu-isu yang disuap atau diolah atau dicipta skripnya oleh pembangkang dicelah-celah kekurangan atau kehilangan fokus kerajaan PH,” katanya. – BH ONLINE

Tags: Kerajaan Pakatan HarapanRafizi Ramli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Tunggu Laporan Kimia Kes Serangan Anak Rafizi

Polis Tunggu Laporan Kimia Kes Serangan Anak Rafizi

24/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis masih menunggu laporan kimia berkaitan cecair yang disuntik dalam insiden serangan terhadap anak lelaki bekas Menteri Ekonomi,...

‘Tegur Kawan Lebih Sukar Daripada Lawan’ – Rafizi

‘Tegur Kawan Lebih Sukar Daripada Lawan’ – Rafizi

21/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mengakui ujian sebenar dalam kepemimpinan bukan terletak pada kelantangan menegur pihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd