• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembekal Gagal Bekal Ubat, Masalah E-Perolehan Punca Kurang Bekalan Di Hospital

oleh Ahmad Albab
20/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan memaklumkan kekurangan bekalan ubat di hospital kerajaan di seluruh negara berikutan kegagalan pembekal membekalkan ubat dan masalah berkaitan e-perolehan.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata bagaimanapun kementerian sentiasa memberi perhatian serius termasuk mengarahkan pembekal patuh kepada ketetapan walaupun terpaksa mendapatkan bekalan daripada syarikat lain bagi memastikan bekalan itu tidak terputus.

“Masalah kedua adalah berkaitan e-perolehan, yang mana peruntukan bekalan ubat-ubatan yang kadangkala terputus. Jadi hospital berkenaan terpaksa mengurangkan bekalan ubat kepada pesakit dari satu bulan disingkatkan kepada seminggu atau dua minggu sahaja,” katanya ketika sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Dr Lee menjawab soalan Senator Dr Zaiedi Suhaili mengenai punca kekurangan bekalan ubat-ubatan di hospital kerajaan serta langkah untuk mengatasinya.

Sementara itu, Dr Lee sekali lagi menegaskan kementerian tidak bercadang menghapuskan caj bayaran RM1 yang dikenakan kepada pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.

“Kita akan pastikan kebajikan golongan B40 terus dibela dan mendapat rawatan yang berkualiti, namun kerajaan juga ada kekangan daripada segi bajet. Dianggarkan perkhidmatan yang dibekalkan oleh kementerian menawarkan sekurang-kurangnya 95 peratus subsidi daripada kerajaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kementerian Kesihatanubat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diminta tidak panik dengan laporan berita di peringkat global mengenai penularan hantavirus yang boleh membawa...

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menilai semula cadangan pelarasan dan pemotongan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd