• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Teksi Gesa Kementerian Pengangkutan Adakan Pertemuan

oleh Cj Mnh
19/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Gabungan Pertubuhan Teksi dan Kereta Sewa Pulau Pinang serta Limosin dan Teksi Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang mahu Kementerian Pengangkutan mengadakan perbincangan dengan pihaknya bagi memperhalusi semula peraturan berhubung perkhidmatan e-hailing supaya ia adil kepada pihak.

Jurucakap gabungan itu, S.Subramaniam berkata pihaknya percaya perbincangan itu dapat mengakhiri pertikaian dan mewujudkan kesamarataan antara mereka dan pengusaha perkhidmatan e-hailing seperti pemandu Grab tanpa berkompromi akan aspek keselamatan.

“Kami meminta kerajaan terutama Kementerian Pengangkutan memberikan hak sama rata termasuk syarat dan peraturan kepada semua pemandu teksi sama seperti yang diberi kepada pengusaha perkhidmatan e-hailing.

“Banyak syarat yang diberi kelonggaran kepada pengusaha e-hailing sebaliknya pemandu teksi terpaksa mengikut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, kira-kira 50 pemandu teksi mengadakan perhimpunan aman bagi menyatakan sokongan terhadap kepemimpinan Gabungan Teksi Semalaysia (GTSM) yang menuntut hak kesamarataan atau keadilan dapat diwujudkan dalam situasi menang-menang dalam industri perkhidmatan pengangkutan.

Subramaniam berkata antara syarat dan peraturan yang ditetapkan ke atas pemandu teksi adalah mereka perlu memiliki kad memandu, pemeriksaan kesihatan, insurans dan beberapa lagi prosedur yang perlu dipenuhi sebelum mendapat kelulusan membawa teksi.

Syarat pengendalian kenderaan yang tidak sama rata dan kelonggaran yang diberikan kepada perkhidmatan e-hailing boleh membunuh industri teksi di negara ini.

Beliau berkata, sebelum ini pihaknya pernah memohon kerajaan untuk menyediakan satu aplikasi khusus untuk perkhidmatan teksi seperti yang digunakan pengusaha e-hailing, namun pihak terbabit memaklumkan ia melibatkan kos yang terlalu tinggi.

“Agak pelik juga dengan jawapan yang diberikan pihak kerajaan kerana pihak swasta mampu untuk buat aplikasi itu tetapi kerajaan tidak mampu,” katanya. – BERNAMA

Tags: kementerian pengangkutanpemandu teksi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kementerian Pengangkutan Terima Set Pertama ETS3

Kementerian Pengangkutan Terima Set Pertama ETS3

08/06/2024
0

KUALA LUMPUR - Malaysia telah menerima set pertama Tren Elektrik (ETS3) bagi perkhidmatan Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru, pada Jumaat....

Pemandu Teksi, Bas Sekolah Nikmati Caruman PERKESO Bermula Mac

Pemandu Teksi, Bas Sekolah Nikmati Caruman PERKESO Bermula Mac

23/02/2024
0

PUTRAJAYA - Bermula bulan depan, seramai 35,000 pemandu teksi dan 18,000 pemandu bas sekolah dalam negara bakal menikmati caruman Pertubuhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd