• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juadah Di Malaysia Perlu Dijadikan Tarikan Pelancong

oleh
02/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Kepelbagaian dan keunikan juadah masyarakat pelbagai kaum di Malaysia perlu dipromosi sebagai daya tarikan pelancong, kata Duta Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel.

“Kita mahu mempromosi makanan Malaysia di sini (Thailand) dan berharap menerusi usaha itu kita akan dapat menarik mereka untuk pergi dan melawat Malaysia serta merasai layanan dan kebudayaannya,” kata beliau di sini.

Bercakap kepada Bernama selepas merasmikan “Malaysia Food Festival 2018” anjuran kedutaan negara, beliau berkata juadah Malaysia terkenal di seluruh dunia dan perlu diketengahkan sebagai salah satu produk pelancongan utama negara.

Makanan Malaysia juga menjadi cermin kepada keunikan kebudayaan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia, katanya.

Pesta makanan Malaysia yang dihadiri kira-kira 400 orang terdiri daripada rakyat Malaysia di Bangkok serta warga Thailand menampilkan pelbagai juadah seperti roti canai, roti jala, char kuey teow, nasi lemak, rendang ayam, teh tarik dan pelbagai kuih-muih.

Jojie dan isterinya Datin Catherina Cherian Samuel turut menunjukkan bakat memasak kari kepala ikan. – BERNAMA

Tags: juadah makanan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SDARA Edar Juadah Makanan Kepada Jemaah Haji Sempena Maal Hijrah

12/09/2018
0

MEKAH - Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDARA) kelmarin memberikan sumbangan makanan kepada jemaah haji yang kurang berkemampuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd