• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelan Kemakmuran BERSAMA Bukan Agenda Kaum

oleh Ahmad Albab
30/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pelan Kemakmuran Bersama bukan agenda kaum, sebaliknya rangka strategik nasional untuk memastikan kesamarataan dalam perolehan pegangan ekonomi di Malaysia.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pelaksanaan agenda Bumiputera baharu itu perlu berpegang kepada prasyarat utama, iaitu mewujudkan kemakmuran negara yang dapat dikongsi secara adil dan saksama oleh semua rakyat tanpa mengira kaum, kelas serta wilayah.

Katanya, kejayaan dasar itu bergantung kepada faktor pertumbuhan ekonomi yang rancak dan mapan, sekali gus memberi peluang setiap lapisan masyarakat berupaya menikmati kesan limpahannya.

“Jika ekonomi tidak berkembang atau terencat, tiada apa yang boleh dikongsi oleh rakyat, justeru perebutan akan berlaku dan menyaksikan pelbagai percakaran.

“Yang menang jadi arang, kalah jadi abu. Jika dasar ini menyekat peluang untuk kaum lain maju dan berjaya, ia juga bukan agenda Bumiputera.

“Dalam semangat Malaysia baharu, kita mesti mengiktiraf pembabitan semua kaum dalam pelbagai sektor ekonomi secara adil dan saksama,” katanya pada ucaptama sebelum sesi perbahasan sempena Perhimpunan Agung Tahunan BERSATU kali kedua di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, usaha merangka agenda itu bakal membabitkan semua pihak menerusi rangkaian proses libat urus dengan badan ekonomi Melayu, dewan perniagaan semua kaum, pemain industri, ahli korporat, pakar ekonomi, badan profesional, pertubuhan bukan kerajaan dan rakan komponen Pakatan Harapan (PH).

Menyuarakan harapan pelan itu mendapat sokongan semua pihak, beliau berkata Melayu tidak boleh bergantung kepada bantuan kerajaan atau parti politik kaum berkenaan selama-lamanya.

“Akan sampai masanya orang Melayu mesti berdikari, mampu bersaing dan inilah petunjuk sebenar kejayaan kita.

“Benar, bantuan kerajaan penting dan begitu juga parti politik Melayu, tetapi bukan selamanya kita kena bergantung kepada ‘tali’ ini.

“Saya yakin, kita dapat bina bangsa Melayu yang maju maju dan berdikari, mampu bersaing di dalam dan luar negara, sekali gus merapatkan jurang ekonomi antara kaum, kelas serta wilayah,” katanya.

Muhyiddin berkata, perubahan sikap Melayu dan Bumiputera yang selama ini bergantung kepada penyaluran bantuan akan menjadi komponen penting kejayaan pelaksanaan agenda berkenaan.

Katanya, penerapan nilai amanah, rajin, berdisiplin, berani, cekap dan pelbagai nilai murni perlu dilakukan dalam merintis usaha ke arah perubahan sikap dalam kalangan Melayu serta Bumiputera. – BH ONLINE

Tags: BERSATUTan Sri Muhyiddin Yassin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mohamed Farid Gembira Dipecat Bersatu, Dakwa Bebas Dari Parti Meruntuhkan Silaturrahim Sesama Muslim

Mohamed Farid Gembira Dipecat Bersatu, Dakwa Bebas Dari Parti Meruntuhkan Silaturrahim Sesama Muslim

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi menyifatkan pemecatan beliau oleh Parti...

Kembalilah Ke ‘Rumah Bangsa’, UMNO Sedia Terima Pemimpin Bersatu Dipecat – Asyraf Wajdi

Kembalilah Ke ‘Rumah Bangsa’, UMNO Sedia Terima Pemimpin Bersatu Dipecat – Asyraf Wajdi

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempelawa pimpinan dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd