• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar UNISZA Cipta ‘Veggie Floss’ Tanpa Bahan Tiruan

oleh Cj Mnh
19/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Pelajar Jurusan Teknologi Makanan​​​​​​ Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berjaya mencipta snek sayuran campur atau ‘Veggie Floss’ diinovasikan menjadi sayuran kering yang mengekalkan kandungan khasiat serta vitaminnya.

Muhamad Arif Mohd Said, 22, berkata produk yang dihasilkan beliau bersama empat lagi pelajar iaitu Wong Shi Yun, 23, Nor Fatin Faizah Abd Rashid, 25, Nur Amilah Fadhlin Abdul Malik, 22 dan Nur Ain Syahnani Radzuan, 22, menggunakan 100 peratus bahan organik dan tanpa bahan tiruan.

“Untuk menghasilkan Veggie Floss ini kami menggunakan tiga jenis sayuran iaitu lobak merah, kubis ungu dan kailan. Lobak digunakan sebagai bahan utama manakala kubis ungu dan kailan digunakan sebagai penambah perisa dan pewarna yang menjadikan ianya kelihatan lebih menarik.

“Penghasilan produk ini bukanlah mudah kerana kami perlu bijak dan pandai memilih bahan-bahan yang ingin digunakan mengikut kriteria-kriteria tertentu… contohnya pemilihan lobak merah, kami perlu memilih lobak yang bersaiz kecil dan panjang kerana ianya mempunyai kandungan air dan proses pengeringan lobak tersebut amat singkat apabila dikisar berbanding lobak bersaiz besar,” katanya.

​​​​​​​Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui pada Program Pelancaran Produk Makanan Baharu di Kampus UniSZA, Tembila di sini hari ini.

Menurut Arif, pasukannya mengambil masa enam bulan menjalankan kajian dalam mencipta produk tersebut dan yakin Veggie Floss yang dihasilkan itu mampu menjadi makanan yang digemari ramai.

“Kalau kita lihat masyarakat gemar makan serunding daging atau ayam dan daripada situ kami cuba mencipta snek sayuran yang mempunyai fungsi yang sama dengan serunding dan ianya boleh dimakan bersama bubur mahupun begitu sahaja.

“Keistimewaan Veggie Floss kami ini adalah tidak menggunakan gula dan menggunakan sayur sebagai pewarna asas. Selain itu juga produk yang kami hasilkan ini mampu bertahan selama lapan bulan pada suhu bilik,” katanya.​​​​​

Sementara itu, Dekan Fakulti Bio Sumber dan Industri Makanan UniSZA, Prof Madya Dr. Khamsah Suryati Mohd berkata program tersebut dianjurkan bagi membantu mencungkil bakat-bakat baru di kalangan pelajar UniSZA dalam menghadapi pembangunan teknologi makanan pada masa kini.

“Pada pertandingan ini pelajar akan mempersembahkan produk makanan yang dicipta mereka kepada juri-juri yang telah dijemput khas daripada agensi luar dan dalaman, antaranya daripada Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

“Sebelum ini, melalui program yang sama kita telah berjaya mencungkil bakat-bakat baru dan juga produk makanan kesihatan yang baru. Kini produk yang dihasilkan pelajar kita berjaya dibawa masuk ke pasaran,” katanya. – BERNAMA

Tags: bahan tiruanVeggie Floss
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd