• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBT Harus Patuhi Manual Kerja, Aliran Kerja Bagi Elak Rasuah – Tun M

oleh Cj Mnh
10/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA, 10 Dis (Bernama) — Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) harus mematuhi manual kerja, fail meja dan aliran kerja dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mengikut masa ditetapkan bagi mengelakkan kejadian rasuah, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata ini kerana sistem pentadbiran yang diperkenalkan untuk memudahkan pentadbir-pentadbir menjalankan tugas mereka secara efisen dan cekap serta tidak terlalu kompleks.

Berucap pada Konvensyen Pemerkasaan PBT di sini hari ini, Dr Mahathir berkata tujuan sistem itu adalah bagi membolehkan mana-mana pegawai meluluskan permohonan secara tertib tanpa menunggu pegawai lain memberi kelulusan.

“Kadang-kala meluluskan sesuatu keputusan, pegawai itu perlu menuggu pegawai lain untuk meluluskan permohonan itu. Ini akan melambatkan kerja. Sebaliknya jika pegawai itu menumpukan pada tugasnya mengikut fail meja, maka kerja akan berjalan licin dan cepat.

“Dengan cara ini, kita akan dapat menentukan segala urusan berjalan dengan berkesan. Adalah juga penting pemohon tahu apakah prosedur dalam mengemukakan permohonan untuk membina rumah, hotel atau menara bagi memudahkan urusan pentadbiran,” kata Dr Mahathir.

Dalam pada itu, Dr Mahathir turut mengingatkan warga kerja PBT agar tidak melambatkan dalam meluluskan permohonan kerana apabila sesuatu permohonan dilambatkan, ia boleh membawa kepada kejadian rasuah antara pegawai dan pemohon.

“Perlu diingat sepanjang masa bahawa kuasa bukan untuk kegunaan sendiri tetapi kuasa adalah bagi menjayakan tugas-tugas dipertanggungjawab ke atas para pegawai PBT.

“Kalau kita salah guna kuasa, sudah tentu masyarakat akan menerima beban yang amat berat kerana pembangunan perlu dilaksanakan dengan belanja lebih tinggi,” katanya.

Dr Mahathir berkata insiden rasuah akan terjadi apabila pegawai sengaja melewat-lewatkan permohonan, menyebabkan pemohon terpaksa menunggu lama dan akan ‘menghulurkan sedikit’ (wang) agar ia dapat dipercepatkan.

“Apabila ada dihulurkan, pegawai itu merasakan sekiranya permohonan atau keputusan itu sengaja dilambatkan, maka ada nikmat boleh didapati. Maka, ini adalah permulaan rasuah dalam kerajaan.

“Apabila pemimpin tinggi salah guna kuasa besar, maka seluruh jentera kerajaan akan terlibat dengan rasuah. Kerana itu (rasuah), pembangunan negara tidak akan dicapai seperti diharap rakyat,” kata beliau.

Pada majlis itu, Dr Mahathir turut melancarkan aplikasi i-Tegur, satu inisiatif pembangunan aplikasi mudah alih secara dalaman oleh KPKT bagi memudahkan orang ramai membuat aduan kepada PBT melalui telefon bimbit.

Menurut KPKT dalam satu kenyataan, aplikasi itu yang merupakan saluran aduan tunggal adalah bertujuan untuk menjalin hubungan akrab PBT dan rakyat melalui penyediaan saluran aduan yang mesra pengguna dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat, serta membolehkan pemantauan dan pengurusan secara lebih berkesan.

Aplikasi itu boleh dimuat turun secara percuma di Google Play serta Apple store dan maklumat lanjut mengenainya boleh didapati di http://i-tegur-kpkt/gov.my.

Kira-kira 3,000 peserta menghadiri konvensyen dua hari bertemakan ‘Bandar Kita Milik Kita’ itu yang dianjurkan untuk memperkukuhkan peranan PBT selaras dengan hala tuju kerajaan baharu dan memberikan peluang kepada anggota majlis ke arah menjadikan perkhidmatan PBT lebih dinamik. – BERNAMA

Tags: PBTrasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Surat Rasmi PBT Johor Bahasa Cina Berlaku Ketika Pentadbiran PH

Surat Rasmi PBT Johor Bahasa Cina Berlaku Ketika Pentadbiran PH

10/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Isu tular melibatkan surat rasmi yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dalam bahasa Cina berlaku...

Tiada Sekatan Rumah Ibadat Bukan Islam Di Premis Komersial, Lot Kedai – Kerajaan Selangor

Tiada Sekatan Rumah Ibadat Bukan Islam Di Premis Komersial, Lot Kedai – Kerajaan Selangor

24/05/2026
0

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menjelaskan bahawa garis panduan berkaitan larangan rumah ibadat bukan Islam di premis komersial atau lot...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd