• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Paru-Paru Kiri Muhammad Adib Tunjuk Tanda Pulih

oleh
05/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Paru-paru kiri anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim menunjukkan tanda-tanda awal pemulihan manakala jantungnya berfungsi sendiri dengan baik, demikian menurut Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

Pemuda berusia 24 tahun berkenaan mengalami kecederaan parah selepas dipukul semasa kekecohan di sebuah kuil di Subang Jaya minggu lepas.

IJN berkata Muhammad Adib menunjukkan perkembangan yang baik sejak sistem sokongan hayatnya ditukar kepada sistem Veno-Venous ECMO pada 2 Disember lalu.

“Beliau semakin kurang memerlukan sokongan oksigen dan ventilator sejak malam tadi. Beliau boleh menerima makanan menerusi tiub naso-gastric yang menyalurkan 90 peratus keperluan hariannya,” demikian menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun IJN berkata buah pinggang Muhammad Adib masih memerlukan sokongan mesin dialisis sekalipun parameter darah renal sudah bertambah baik.

“Beliau kini menjalani rehabilitasi pulmonari dan senaman anggota badan dengan ahli fisioterapi kami,” katanya.

IJN berkata Muhammad Adib dan kedua ibu bapanya berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia atas sokongan dan galakan termasuk doa agar beliau sembuh.

Dilaporkan Muhammad Adib dipukul oleh sekumpulan individu ketika terlibat dalam kerja memadam kebakaran berhampiran kuil itu pada 27 Nov lalu. – BERNAMA

Tags: IJNMuhammad Adib
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Air Percuma Tidak Mampan Jika Diberi Kepada Semua – MB

Next Post

Equanimity Dijual Pada Harga Ratusan Juta Ringgit

Related Posts

Menteri Kesihatan Melawat Abdul Hadi Di IJN

Menteri Kesihatan Melawat Abdul Hadi Di IJN

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang menjalani prosedur rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) kini berada...

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

19/07/2024
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan saman fitnah Dr Mahathir Mohamad terhadap Ahmad Zahid Hamidi kepada 26 Ogos selepas bekas...

Next Post

Equanimity Dijual Pada Harga Ratusan Juta Ringgit

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd