• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAC Panggil Ambrin Buang, Madinah Isu Dakwaan ‘Ubah’ Laporan 1MDB

oleh
03/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang, Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad dan bekas Pengarah Sektor Audit Kerajaan, Saadatul Nafisah berhubung dakwaan ‘mengubah’ laporan audit 1MDB yang dibentangkan di Parlimen pada 2016.

Pengerusi PAC Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata ketiga-tiga mereka akan dipanggil minggu ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan tersebut.

“Ambrin akan memberi keterangan kepada anggota PAC jam 11 pagi esok dan Madinah pula akan dipanggil menjadi saksi pada 5 hari bulan (Rabu) manakala Nafisah daripada Jabatan Audit pula pada 6 hari bulan (Khamis).

“Selepas itu, kami akan kenal pasti lagi beberapa saksi untuk dipanggil bagi membantu siasatan,” katanya dalam sidang media selepas membentangkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) siri kedua di Parlimen hari ini.

Pada 25 Nov lalu, Madinah dilaporkan mendedahkan bahawa beberapa bahagian dalam laporan audit 1MDB itu dikeluarkan atas arahan bekas Perdana Menteri yang juga bekas Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ditanya sama ada PAC mempunyai tempoh tertentu untuk melengkapkan siasatan, Ronald berkata tiada tempoh masa ditetapkan kerana terdapat tiga kes sedang disiasat pihaknya ketika ini; dana bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bernilai kira-kira RM18 bilion, projek marina awam dan siasatan semula isu 1MDB. – BERNAMA

Tags: 1MDBPAC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd