Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Taktik Edar Dadah Guna...

IPOH - Taktik membungkus dadah dalam paket minuman segera untuk mengaburi mata pihak...

MH370: DCA Hantar Pakar...

KUALA LUMPUR - Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sedang menunggu pengesahan daripada badan kawal...

Polis Tahan 5 Lelaki...

SHAH ALAM - Polis menahan lima lelaki yang disyaki memecah dan melarikan mesin...

SPRM Perlis Lancar G-War...

KANGAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis hari ini melancarkan Gerakan Wanita...

Ops Yaman 2: PH Diselar Tidak Tahu Fungsi MKN

BIDAS… Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien melahirkan rasa kecewa dan kesal kerana kerajaan kini masih lagi di takuk lama dengan pemikiran pembangkang.

Malah sehingga kini, menteri dan timbalan menteri Pakatan Harapan (PH) yang terajui Kementerian Pertahanan tidak buat apa-apa inisiatif sepatutnya untuk perkasakan kementerian sebaliknya ‘sibuk’ cari kesalahan lama.

“Selama enam bulan ini apa yang berjaya dilakukan oleh mereka bukan tambah baik kementerian kepada lebih baik. Yang mereka buat selama ini hanyalah menuding jari dan ‘korek’ apakah yang boleh dipalitkan terhadap diri saya.

“Sudahlah. Anda kini kerajaan bukan lagi pembangkang. Sudah tiba masa untuk menjadi kerajaan menerajui negara dan soal keselamatan negara di Kementerian Pertahanan perlu diberikan fokus, bukan hanya cari salah saya.

“Enam bulan mereka cari kesalahan, akhirnya jumpa isu Ops Yaman ini untuk dijadikan isu untuk mereka tuding jari. Saya sebenarnya sudah berkali-kali jawab perkara ini, boleh semak handsard di Dewan Rakyat sebelum ini.

“Ops Yaman 2 sebenarnya satu operasi digerakkan tanpa kelulusan daripada Kabinet yang juga diklasifikasikan sebagai maklumat rahsia demi kepentingan negara. Ianya mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Hakikatnya Menteri dan Timbalan Pertahanan (Liew Chin Tong) perlu fahami terlebih dahulu fungsi serta agensi berkenaan. Ini juga adalah rahsia negara, saya tidak boleh dedahkan sekarang kerana saya sangat profesional.

“Dia sepatutnya mempergunakan maklumat agensi-agensi di bawah kementerian ini untuk cari kebenaran sebelum bercakap megenai isu kementerian di khalayak ramai,” kata Hishammuddin kepada media di lobi Parlimen hari ini.

Sebelum ini, Chin Tong dedah Ops Yaman 2 konon tiada kelulusan pentadbiran dahulu kerana tiada keputusan Kabinet berhubung gerakan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam misi pakatan tentera Arab Saudi.


Pengerusi DAP Johor itu dalam nada angkuh berkata, bekas Menteri Pertahanan tersebut difahamkan tidak dapat kelulusan jemaah Kabinet dari segi prosedur operasi standard untuk misi operasi antarabangsa sulit berkenaan.

Tambah Hishamuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Semborong, Chin Tong sebenarnya tidak tahu apa itu MKN dan fungsi kerajaan selain peranan yang telah dimainkan oleh pihak Kementerian Pertahanan itu sendiri.

Declassify (nyah kerahsiaan) terlebih dahulu beberapa perkara dan kemudian barulah saya akan bercakap. Adakah mereka tahu apa itu rahsia negara? Boleh bercakap macam itu sahaja? Misi ini melibatkan keselamatan negara.

“Ia babit nyawa rakyat Malaysia di sekitar kawasan pergolakan di Yaman. Anda jalan siasatan betul-betul dulu. Saya tidak takut, saya rasa mereka ini tidak tahu apa peranan, tanggungjawab jadi menteri sebenarnya,” tegas beliau.

Dalam pada itu, Hishamuddin turut beri amaran dengan tindakan bodoh kerajaan PH menarik kembali anggota ATM dari Yaman tidak akan jamin nyawa hampir 700 rakyat Malaysia yang masih lagi berada di negara itu.

“Jika apa-apa buruk terjadi, mungkin Chin Tong atau Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah perlu bertanggungjawab ke atas nyawa-nyawa rakyat kita ini,” ujar beliau dalam nada kesal. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori