• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi SAR Kru Kapal Dagang Terbalik Diteruskan

oleh
28/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi kru kapal dagang MV Amanda yang terbalik dan karam di perairan timur Tanjung Sepang, dekat Kota Tinggi, Selasa lepas, diteruskan hari ini dengan keluasan kawasan pencarian melibatkan 120 batu nautika persegi meliputi timur Tanjung Penawar sehingga Tanjung Sepang.

Pengarah Maritim Johor Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata operasi memasuki hari keempat itu turut membabitkan selaman sedalam antara 20 dan 30 meter oleh penyelam yang dilantik syarikat kapal dagang berkenaan dengan pantauan Pasukan Tindakan Khas (PTK) dan Unit Selam Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

“Kerja-kerja pemasangan boya penanda pada MV Amanda sedang giat dilakukan dan pasukan penyelam juga sudah memulakan penilaian kawasan selaman bagi mencari mangsa yang berkemungkinan terperangkap dalam kapal.

“Kerja perlu dilakukan dengan penuh waspada memandangkan keadaan arus yang kuat pada sesuatu masa,” katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.

Aminuddin berkata kru berkenaan yang merupakan warga Bangladesh dipercayai memakai jaket keselamatan.

Beliau berkata selain selaman, pencarian turut dilakukan di sekitar pesisir pantai Tanjung Punggai, Tanjung Sepang hingga ke Tanjung Penawar sekiranya mangsa berkemungkinan hanyut ke kawasan pantai.

Katanya, pelbagai aset termasuk dua kapal dan dua bot milik pelbagai agensi turut digunakan pada operasi itu yang melibatkan kekuatan seramai 82 pegawai dan anggota daripada Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Darat Malaysia dan Angkatan Pertahan Awam.

Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, kapal dagang yang membawa sembilan kru, kesemuanya warga asing telah mengalami kerosakan pada janakuasa sehingga menyebabkan enjin kapal tidak dapat berfungsi.

Ketika cuba membuat undur penuh, ombak telah menolak kapal berkenaan menyebabkan ia bertembung dengan kapal lain lalu terbalik dan karam.

Bagaimanapun, enam kru lelaki iaitu lima warga Bangladesh dan seorang warga China selamat manakala tiga lagi dilaporkan hilang dengan dua mayat daripada tiga yang hilang itu berjaya ditemukan pada 7.45 malam, hari sama. – BERNAMA

Tags: MV Amanda
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd