• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Naikkan Harga Telur: KPDNHEP Terengganu Keluar Notis Kepada 4 Syarikat

oleh
19/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA BERANG – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu mengeluarkan empat notis kepada empat syarikat pemborong telur di negeri ini hasil pemeriksaan yang dilakukan sejak 7 Dis lepas.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Terengganu, Zulfahmy Mat Udi berkata Notis 21 di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 itu dikeluarkan bagi mengetahui sebab kenaikan harga telur di empat syarikat pemborong berkenaan.

“KPDNHEP Terengganu telah melakukan pemeriksaan harga telur di 93 premis termasuk di pasar raya, pemborong dan kedai runcit sepanjang tempoh itu.

“Hasil pemeriksaan mendapati harga telur di Terengganu tidak mengalami kenaikan melampau dan secara puratanya, harga telur ketika ini ialah RM0.40 sebiji (gred E), RM0.41 (gred D), RM0.42 (gred C), RM0.44 (gred B) dan RM0.45 (gred A),” katanya kepada pemberita selepas mengadakan operasi bersepadu bersama 10 jabatan dan agensi penguatkuasaan di pasar pagi Kuala Berang di sini hari ini.

Antara agensi terlibat ialah Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Majlis Daerah Hulu Terengganu, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Metrology Corporation Malaysia Sdn Bhd, Kementerian Kesihatan Malaysia, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan pihak media.

Beliau juga berpuas hati dengan tahap pematuhan peniaga terhadap undang-undang kepenggunaan dan penguatkuasaan dalam operasi kali ini.

“Memang ada sedikit kenaikan sayur dan ikan, namun kita maklum kenaikan itu adalah disebabkan faktor musim tengkujuh di mana nelayan tidak keluar ke laut, jadi peningkatan itu adalah munasabah.

“Selain dari pematuhan tanda harga, alat penimbang yang digunakan peniaga juga diperiksa bagi memastikan ianya masih dalam tempoh penentusahan dan memberi timbangan yang tepat dalam urusan jual beli,” katanya. – BERNAMA

Tags: harga telur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Telur Turun Cetus Permintaan Tinggi, Jejas Bekalan Sedia Ada

Harga Telur Turun Cetus Permintaan Tinggi, Jejas Bekalan Sedia Ada

19/06/2024
0

SHAH ALAM - Tindakan kerajaan menurunkan harga telur ayam tiga sen sebiji bagi gred A, B dan C berpotensi mencetuskan...

Harga Telur Lebih Murah Diumum Esok

Harga Telur Lebih Murah Diumum Esok

05/12/2022
0

PUTRAJAYA : Harga telur lebih murah akan diumumkan esok, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ikuti Mynewshub: Telegram Anwar berkata,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd