• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MYEG Perjelas Berita Isu Khidmat Baharui PLKS

oleh Ahmad Albab
07/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – MY E.G. Services Bhd (MYEG) tidak dapat proses permohonan pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bagi pekerja asing jika ia tidak diluluskan oleh pegawai bertauliah daripada Jabatan Imigresen.

Sebuah akhbar kewangan harian berbahasa Inggeris tempatan semalam melaporkan MYEG adalah antara sistem yang sedang disemak oleh kerajaan susulan banyak aduan diterima berhubung perkhidmatan disediakan syarikat itu, khususnya perkhidmatan pembaharuan PLKS secara dalam talian.

Penyedia perkhidmatan e-kerajaan itu berkata ia tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan pencetakan mana-mana permit di bawah perkhidmatan PLKS.

“Semua permohonan dalam talian disalurkan oleh MYEG kepada pegawai jabatan imigresen di negeri masing-masing bagi kelulusan sebelum permit PLKS dicetak dan diserahkan,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Syarikat itu juga berkata kemudahan status tepat masa sudah sedia ada dalam portalnya, membolehkan pengguna memeriksa status permohonan mereka.

“Jika permohonan masih menunggu kelulusan daripada pegawai bertauliah jabatan imigresen, pengguna akan dimaklumkan untuk pergi ke jabatan itu untuk menyelesaikan sebarang isu tertangguh, seperti ditetapkan dalam prosedur operasi standard bagi kelulusan,” katanya. – BERNAMA

Tags: MyEGpas lawatan sosial
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

3 Nelayan Hilang Dekat Lokasi Bot Tunda Ditembak

Next Post

Hasrat Suami Isteri ‘Cari Durian’ Bertukar Tragedi

Related Posts

Tak Ambil Tindakan Visa, Pas Warga Asing Tamat Tempoh

28/05/2020
0

PUTRAJAYA - Visa atau pas lawatan sosial warga asing yang telah tamat tempoh sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sehingga kini tidak...

UMNO Atau Proksi Tiada Kepentingan Dalam MyEG

06/08/2019
0

KUALA LUMPUR – My EG Services Bhd. (MyEG) menafikan bahawa UMNO mahupun proksi parti itu mempunyai kepentingan besar dalam syarikat...

Next Post

Hasrat Suami Isteri 'Cari Durian' Bertukar Tragedi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd