• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trend Murid Sekolah Rendah Tagih Dadah Di Kelantan

oleh Cj Mnh
04/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Pelajar sekolah rendah yang berumur antara 10 hingga 12 tahun menjadi sasaran terkini pengedar dadah di negeri ini kata Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kelantan Rohayu Ahmad.

Rohayu berkata trend itu mula dikesan sekitar tahun 2015 dan semakin meningkat sehingga tahun ini.

“Sebelum ini hanya pelajar sekolah menengah yang dikesan terlibat dengan pengambilan dadah. Bagaimanapun bermula 2015 ia mula menular kepada pelajar sekolah rendah malah ada yang dikesan telah mula mengambil dadah seawal umur sembilan tahun,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Amanat Mufti Kepada Orang Kena Pengawasan (OKP) di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatan Kuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Kota Bharu Nohaimi Ismail dan Hasbullah Ibrahim yang menyampaikan amanat mewakili mufti Kelantan.

Program yang disertai kira-kira 413 OKP Kota Bharu itu diadakan bagi menerapkan eleman Islam dan memperkukuh jati diri golongan itu bagi mendepani pengaruh tidak sihat dalam masyarakat yang boleh menyebabkan mereka kembali menjadi penagih.

Rohayu bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah murid sekolah rendah yang terlibat dengan pengambilan dadah itu sebaliknya menasihatkan golongan berkenaan dihantar mendapatkan rawatan di Pusat Khidmat Cure and Care yang terletak di Pengkalan Chepa.

“Kita dapati antara faktor berlakunya pengambilan dadah dalam kalangan murid sekolah rendah adalah mereka kurang maklumat berkaitan dadah, tidak mengetahui kesan pengambilan dadah selain keinginan untuk mencuba,” katanya.

Sementara itu katanya terdapat kira-kira 8,115 penagih dadah di seluruh negeri Kelantan tahun ini menjadikan negeri ini di kedudukan kedua tertinggi selepas Kedah.

Katanya daripada jumlah tersebut, 111 adalah penagih wanita yang kebanyakannya terjebak dalam kancah dadah kerana terpengaruh dengan pujukan suami atau teman lelaki selain mempunyai anggota keluarga yang juga penagih dadah.

Dalam pada itu katanya kedudukan Kelantan yang berhampiran sempadan Thailand turut mempengaruhi trend penagihan dadah di negeri ini. – BERNAMA

Tags: pengedar dadahsekolah rendah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengedar Dadah Rempuh 5 Kenderaan Ketika Mengelak Polis

Pengedar Dadah Rempuh 5 Kenderaan Ketika Mengelak Polis

08/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki disyaki pengedar dadah nekad merempuh lima kenderaan selepas dikejar polis di bandar raya ini, semalam. Berdasarkan rakaman...

2 Pengedar Dadah Dicekup, 54kg Ganja Dirampas

2 Pengedar Dadah Dicekup, 54kg Ganja Dirampas

18/07/2024
1

Serdang : Kegiatan dua lelaki mengedar ganja di sekitar Lembah Klang sejak enam bulan lalu ditumpaskan selepas ditahan pihak berkuasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd