• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mourinho Kembali Ke Portugal, Tonton Bola Sepak Bersama Anak

oleh Ahmad Albab
24/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS dipecat pada Selasa lalu, Jose Mourinho pulang ke rumah keluarganya dekat Azeitao, Portugal.

Dia meluangkan masa menyaksikan perlawanan bola sepak di tempat kelahirannya, Setubal bersama anak lelakinya, Jose Mario pada Sabtu lalu.

Malah bekas pengendali Manchester United itu kini mempunyai banyak masa untuk meraikan sambutan Krismas bersama isterinya, Tami dan dua anaknya, Matilde dan Mario.

Difahamkan Tami, 52, baru kembali pulih selepas menjalani dua pembedahan di sebuah hospital sehingga memaksa Mourinho terbang ke Portugal pada Januari lalu.

Menurut laporan, Tami telah menjalani pembedahan kecemasan di Lisbon selepas mengalami komplikasi akibat pembedahan pertama.

Ibu dua anak itu turut membatalkan cuti Krismas yang dirancang bersama anaknya di Brazil.

Ibu Mourinho akan menyertai makan malam bersama keluarga tersebut di kediaman mereka di Azeitao yang dibeli pada 2008.

Kediaman berharga 1.4 juta pound sterling itu merupakan salah satu daripada lima hartanah dimiliki Mourinho di Portugal.

Ini adalah kali kedua Mourinho meraikan sambutan Krismas tanpa bapanya, Jose Mourinho Felix yang meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru dan pendarahan otak pada Jun tahun lalu.

Ketika dipecat oleh Chelsea pada hujung tahun 2015, Mourinho terbang ke Porto de Galinhas yang terletak di Parnambuco, timur laut Brazil untuk bercuti bersama keluarganya.

Dia dilihat meraikan sambutan Tahun Baru bersama isteri dan anaknya di sebuah vila yang memiliki kolam renang dan gazebo peribadi berharga 7,500 pound sterling seminggu.

Namun media Portugal turut melaporkan Mourinho akan kekal di Portugal pada awal tahun 2019 untuk menentukan karier bola sepaknya sebelum isteri dan anaknya kembali ke United Kingdom (UK) yang menjadi rumah kedua mereka sejak beberapa tahun lalu. – Express.co.uk/mStar Online

Tags: Jose Mourinhoportugal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Portugal Umum Iktiraf Secara Rasmi Palestin Esok

Portugal Umum Iktiraf Secara Rasmi Palestin Esok

20/09/2025
0

ISTANBUL: Portugal akan mengiktiraf Palestin secara rasmi, umum Kementerian Luar semalam, sekali gus menjadi negara terbaharu mengambil langkah itu menjelang...

Euro 2020: Perancis, Jerman, Portugal Lolos

24/06/2021
0

PERANCIS, Jerman dan Portugal meloloskan diri ke pusingan 16 terbaik Euro 2020 selepas berakhirnya saingan Kumpulan F pada awal pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd