• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Monyet Buat Kerajaan India Pening Kepala

oleh Ahmad Albab
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Selain parti politik pembangkang, kerajaan turut berhadapan pencabar yang tidak kurang hebat iaitu monyet yang menjadi ancaman besar sekitar pejabatnya di ibu kota India itu.

Macaque rhesus bermuka merah mencetuskan kekecohan, mencuri makanan dan telefon bimbit, memecah masuk rumah dan menakutkan orang ramai di dan sekitar New Delhi.

Ia menguasai kawasan sekitar Parlimen, dan dari pejabat Perdana Menteri sehingga ke Kementerian Kewangan dan Pertahanan, menakutkan pekerja awam dan orang ramai.

“Ia selalu merampas makanan daripada orang ramai ketika mereka berjalan kaki, dan kadang-kadang mengoyak fail dan dokumen dengan memanjat melalui tingkat,” kata kakitangan Kementerian Dalam Negeri India, Ragini Sharma.

Menjelang permulaan sesi Parlimen musim sejuk hari ini, penasihat ahli Parlimen bulan lalu memperincikan cara mengelakkan serangan haiwan itu.

Jangan usik atau bertentang mata dengan monyet, kata penasihat, dan jangan sesekali berada di tengah-tengah antara ibu monyet dan anaknya.

Pertumbuhan pesat bandar raya menyebabkan monyet kehilangan habitat, paling banyak di dunia selepas manusia, mendorong ia menceroboh habitat manusia untuk mencari makanan.

Ramai penduduk di India yang majoritinya beragama Hindu memuja dan memberi makan haiwan yang dianggap ada kaitan dengan Hanuman.

“Tradisi sosio-agama memberi makan mewujudkan kitaran ganas.

“Ia sudah biasa diberi makan oleh manusia dan hilang rasa takut. Ia mula mencari makanan tambahan dan jika tidak diberi, ia menjadi agresif,” kata penyelidik ekologi, Asmita Sengupta. — Reuters/BH ONLINE

Tags: Indiamonyet
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Salah seorang daripada dua wanita Melayu yang tular menerusi rakaman video mengikuti latihan Yoga di India tampil...

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

18/07/2026
0

JELEBU - Pengundi bukan Melayu khususnya masyarakat Cina dan India diseru agar tidak berasa khuatir atau ragu-ragu terhadap persefahaman politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd