Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Azmin Dahului Rafizi Dengan...

KOTA KINABALU - Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahului pencabar tunggalnya Mohd Rafizi...

Undi Tak Percaya Tanda...

MELIHAT Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia kini, yang bergelut dalam...

Tugas Sebenar Belum Selesai...

SEPANG - Pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin bermula cemerlang dengan berada pada kedudukan...

Aksi Tak Senonoh Remaja...

TIGA keping gambar di bawah ini menunjukkan masalah kepincangan moral dalam kalangan remaja di...

Mengaku Tidak Salah Ugut Sebar Gambar Bogel Pekerja Hotel Wanita

AMPANG – Seorang bekas pengurus sebuah produksi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas pertuduhan melakukan pemerasan menyebar gambar bogel seorang pekerja hotel wanita, dua minggu lalu.

Tertuduh Shaiful Azwira Abdul Jabbar, 44, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Haslinda A.Raof.

Mengikut pertuduhan, bapa lapan anak itu didakwa melakukan pemerasan sehingga mendatangkan ketakutan terhadap seorang wanita berusia 25 tahun dengan menyebarkan gambar bogel mangsa.

Perbuatan itu supaya mendorong mangsa menyerahkan wang tunai RM1,000 atau melakukan hubungan seks empat kali sebulan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah tempat di Lembah Jaya Permai, di sini pukul 11 malam pada 7 Disember lalu.


Berikutan itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda atau dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan. – K! ONLINE

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori