Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

5 Lokasi Baharu Sistem...

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur...

Mati Dalam Peti Sejuk...

ATLANTA - Seorang pekerja maut selepas dipercayai terperangkap di dalam peti sejuk beku kira-kira...

Penunggang Motosikal Lari Selepas...

BUTTERWORTH : Polis sedang mengesan seorang penunggang motosikal yang melarikan diri selepas terlibat...

PPPM Disiasat Isu Uniform,...

Baru-baru kecoh di laman sosial dan media online berkenaan Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia...

Mayat 2 Kru Kapal Dagang Ditemui Malam Tadi

KOTA TINGGI – Dua mayat kru kapal dagang MV Amanda yang terbalik dan karam di perairan timur Tanjung Sepang, dekat sini, petang semalam, telah ditemui malam tadi, menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Pengarah Maritim Negeri Johor Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata mayat kedua-dua lelaki berkenaan yang merupakan warga Bangladesh dan China itu ditemui pada pukul 7.45 malam, yang timbul di permukaan air, sejurus kapal dagang yang membawa muatan batu itu tenggelam sepenuhnya.

Beliau berkata pihaknya meneruskan operasi Carilamat (SAR) seluas 40 batu nautika daripada lokasi kapal berkenaan terbalik bagi mencari seorang lagi kru kapal warga Bangladesh, juga lelaki, yang masih belum ditemukan.

“Kita akan memfokuskan pencarian di kawasan permukaan dan dasar laut. Pasukan selam juga telah diletakkan bersiap siaga bagi melakukan selaman di mana ada kemungkinan mangsa masih terperangkap,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Pos Maritim, Tanjung Pengelih, dekat sini, hari ini.

Pada kejadian pukul 2 petang semalam, kapal tersebut yang membawa sembilan kru, kesemuanya warga asing, telah mengalami kerosakan pada janakuasa sehingga menyebabkan wheel kapal tidak dapat berfungsi.


Ketika cuba membuat undur penuh, ombak telah menolak kapal berkenaan menyebabkan ia bertembung dengan kapal lain lalu terbalik dan karam.

Bagaimanapun, enam kru lelaki iaitu lima warga Bangladesh dan seorang warga China selamat manakala tiga lagi dilaporkan hilang. – BERNAMA

Kategori