• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Ini Mati Kerana Pisang Di Marang?

oleh Ahmad Albab
04/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Seorang lelaki ditemui mati dalam kejadian di belakang sebuah rumah di Kampung Tebakang, Bukit Payong, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang, lelaki yang dianggarkan berusia 30-an itu ditemui dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

“Ketika ini, punca kematian dan motif kejadian masih dalam siasatan. Mengenai dakwaan yang tular di laman sosial mengatakan mangsa dibelasah kerana mencuri pisang, kita masih menjalankan siasatan.

“Setakat ini, kita masih dalam siasatan dan tidak dapat mengesahkan dakwaan itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata, siasatan awal di tempat kejadian memang menemui pisang berhampiran lokasi kejadian kerana rumah berkenaan dipercayai milik peniaga pisang.

“Kita sudah mengenal pasti identiti suspek dan gerakan memburu suspek giat dijalankan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. – BH ONLINE

Tags: mautpisang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd