• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Tsunami Di Pulau Terpencil Diselamatkan

oleh Ahmad Albab
27/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CARITA – Pasukan mencari dan menyelamat Indonesia bertungkus-lumus menyelamatkan komuniti dari beberapa pulau terpencil, susulan bencana tsunami gunung berapi yang sudah meragut lebih 400 nyawa.

Bagaimanapun, hujan lebat menjejaskan usaha mereka dan mendatangkan lebih banyak kesukaran di wilayah itu, ketika pihak berkuasa memberi amaran bahawa wujud kemungkinan ombak pembunuh di kawasan terbabit.

Agensi bencana mengingatkan penduduk supaya menjauhi pesisir pantai, ketika wujud aktiviti baharu di gunung berapi Anak Krakatau yang berada di tengah Selat Sunda antara kepulauan Jawa dan Sumatera, ia mungkin mencetuskan tsunami baharu.

Agensi itu berkata, angin membawa debu dan pasir dari Anak Krakatau ke beberapa kawasan berhampiran seperti Cilegon dan Serang, Jawa. Penduduk juga dinasihatkan supaya memakai topeng atau cermin mata di luar rumah.

Difahamkan, sebahagian daripada kawah gunung itu runtuh selepas letusan dan jatuh ke dalam laut, ia mencetuskan gelombang ombak maut, malam Sabtu lalu.

Ia melanda tanpa amaran, memusnahkan beberapa pantai popular selain menenggelamkan banyak hotel pelancong dan komuniti pesisir pantai sehingga menyebabkan banyak kematian dan kemusnahan.

Agensi bencana itu meningkatkan jumlah kematian kepada 430 orang, semalam, dengan 1,495 mangsa lain cedera dan 159 lagi hilang sementara hampir 22,000 penduduk dipindahkan ke pusat perlindungan. – AFP/BH ONLINE

Tags: Tsunami Selat Sunda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Sukarkan Bantuan Mangsa Tsunami Selat Sunda

27/12/2018
0

PENYELAMAT yang membantu mangsa tsunami Selat Sunda pada Rabu berdepan dengan cabaran untuk sampai ke kawasan pedalaman di pantai barat...

Bekalan Air Bersih, Ubat Berkurangan

25/12/2018
0

CARITA, Indonesia- Bantuan untuk mangsa tsunami di pesisir pantai Indonesia mulai diterima, hari ini tetapi sukarelawan memberi amaran bekalan air...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd