Tuesday, December 5, 2023

Creating liberating content

Ibu Hamil, Susukan Anak...

KUALA LUMPUR - Wanita mengandung serta yang menyusukan anak disaran untuk menangguhkan pengambilan...

Jerebu: Banting Kekal Catat...

KUALA LUMPUR - Banting kembali mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat...

Testimoni Pil Gugur Bayi...

JIKA sebelum ini, masyarakat pernah digemparkan dengan isu penjualan pil gugur bayi menerusi...

Polis Rampas 90 Kilogram...

BUKIT MERTAJAM - Polis merampas 90 kilogram ganja bernilai RM300,000 dalam pemeriksaan terhadap...

Malaysia Lupus Sisik Tenggiling Bernilai Lebih RM36 Juta

SEREMBAN – Malaysia telah melupuskan 2.8 tan sisik tenggiling bernilai RM36.617 juta yang dirampas dalam tiga operasi tahun lepas, kata Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A. Xavier Jayakumar.

Katanya pelupusan sisik tenggiling itu adalah tanda komitmen Malaysia dalam membanteras perdagangan haram hidupan liar selaras resolusi yang dicapai pada Persidangan Perdagangan Hidupan Liar Haram 2018 di London, baru-baru ini.

“Barang kes ini merupakan hasil rampasan Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang dijalankan pada tahun lepas, antaranya 407 kilogram (kg) sisik tenggiling dirampas pada 2 Mei di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Sebanyak 291 kg sisik tenggiling dirampas pada 30 Julai di KLIA dan 2,100 kg sisik tenggiling yang dirampas pada 13 Sept di Pelabuhan Barat Klang,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Xavier berkata barang rampasan itu dipercayai datang dari Afrika yang menjadikan Malaysia sebagai pusat transit sebelum dihantar ke negara seperti China dan Vietnam.

Beliau berkata pelupusan barang kes terbabit dibuat selepas mendapat perintah mahkamah dan dilupuskan seperti yang diperuntukkan dalam Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

Katanya kaedah pelupusan yang menggunakan sistem insinerator melalui teknologi tanur berputar yang beroperasi pada suhu melebihi 1,000 darjah Celsius itumemastikan stok yang dirampas tidak kembali ke pasaran gelap.

“Teknologi pembakaran melalui tanur berputar dipilih kerana ia merupakan kaedah yang paling sesuai, efektif dan selamat yang mampu memusnahkan kesemua barang kes sisik tenggiling dalam masa yang singkat.

“Kaedah ini juga menepati piawaian peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar yang diguna pakai dalam merawat sisa buangan terjadual,” katanya.

Sementara itu, Xavier menyeru negara-negara yang terlibat seperti China agar melarang penjualan bahagian atau anggota badan hidupan liar.


“Antara yang menjadi buruan pemakan hidangan eksotik selain sisik tenggiling ialah harimau malaya, beruang matahari dan orang utan.

“Dahulu di Malaysia ada lebih 3,000 ekor harimau malaya, kini yang tinggal lebih kurang 300 ekor sahaja,” katanya.

Beliau berkata harga di pasaran yang mahal mendorong pemburu-pemburu haram menjadikan tangkapan hidupan liar ini sebagai sumber pendapatan.

“Harga sisik tenggiling di Malaysia lebih kurang RM500 per kg, tetapi di China ia dijual sehingga RM13,000 untuk setiap kg.

“Bagi harimau malaya pula, harga di pasaran gelap antara RM100,000 hingga RM200,000 seekor bergantung kepada saiz,” katanya.

Beliau berkata dalam tempoh lima tahun lalu 70 pemburu haram telah ditangkap.

Xavier turut menyeru orang awam untuk terus bekerjasama dengan agensi penguat kuasa menerusi penyaluran maklumat yang dapat membantu kerajaan membanteras aktiviti penyeludupan hidupan liar. – BERNAMA

Kategori