• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Kurangkan Keluaran Minyak 15,000 Tong Sehari

oleh Ahmad Albab
08/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia bersetuju meneruskan komitmen pelarasan sukarela untuk mengurangkan pengeluaran minyak kepada 15,000 tong sehari berbanding ketetapan 20,000 tong sehari sebelum ini yang berakhir pada hujung tahun ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan selepas berakhirnya Mesyuarat Kelima Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan Mesyuarat Peringkat Menteri Bukan OPEC di Vienna, Austria pada 6 Disember lepas.

Pada mesyuarat itu, negara pengeluar terbabit bersetuju mengurangkan pengeluaran mereka kepada 1.2 juta tong sehari bagi tempoh enam bulan berbanding 1.8 juta tong sehari, sebelum ini.

Mengulas selanjutnya, Mohamed Azmin menyifatkan keputusan itu sebagai bukti komitmen Malaysia terhadap kerjasama antarabangsa bagi menangani cabaran ekonomi yang dihadapi oleh pasaran minyak global.

“Walaupun kita merupakan negara pengeluar yang kecil, Malaysia tetap bersepakat menyertai negara pengeluar lain untuk meneruskan objektif strategik bagi mencapai kestabilan pasaran global demi kepentingan semua pengeluar dan pengguma minyak dengan mengambil kira prospek serta keadaan pasaran,” katanya.

Bersempena lawatan kerja ke Vienna pada 4 Disember lepas, Mohamed Azmin turut mengetuai Malaysia dalam Mesyuarat Ke-12 Jawatankuasa Pemantauan Bersama Peringkat Menteri, mesyuarat OPEC dan Bukan OPEC Peringkat Menteri serta Majlis Makan Malam Ulang Tahun Meraikan Deklarasi Kerjasama itu.

Selain wakil kementerian itu, delegasi Malaysia ke Vienna itu turut disertai oleh wakil Pejabat Peguam Negara dan ​​​​​​​Petroliam Nasional Bhd (Petronas) selain ​​​​​​​sokongan Kedutaan Malaysia di Vienna. – BERNAMA

Tags: Cari Gali MinyakDatuk Seri Mohamed Azmin Ali
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Adib Masih Guna Mesin Sokongan Pulih Organ

Next Post

Amirudin Nafi Berlaku Rombakan Exco Selangor

Related Posts

Azmin Dahului Rafizi Dengan Majoriti 2,136 Undi Di Sarawak

11/11/2018
0

KUCHING - Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahului pencabar tunggalnya Rafizi Ramli dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR dalam...

Azmin Kritik JPP PKR

09/11/2018
0

KUALA SELANGOR - Isu penambahan jumlah pengundi tidak berdaftar dalam pemilihan cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Julau di Sarawak boleh...

Next Post

Amirudin Nafi Berlaku Rombakan Exco Selangor

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd