• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAIPs Semarakkan Konsep Wakaf – Raja Muda Perlis

oleh Ahmad Albab
04/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

THE HAGUE (Belanda) – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) akan menyemarakkan konsep wakaf melalui pentadbirannya termasuk dalam pembangunan pendidikan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah kewujudkan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) juga dilaksanakan dengan konsep sama.

Baginda bertitah demikian ketika menyampaikan sumbangan MAIPs untuk Tabung Ibnu Sabil kepada pejabat kedutaan Malaysia di The Haque, Belanda baru-baru ini.

Sumbangan sebanyak RM5,000 disampaikan kepada Duta Besar Malaysia ke Belanda Datuk Ahmad Nazri Yusof yang antara lain untuk digunakan membantu rakyat Malaysia yang terkandas.

Baginda bertitah ada rakyat Malaysia yang menghadapi masalah kesihatan dan kesempitan kewangan di luar negara dan wang daripada tabung itu boleh dikeluarkan untuk membantu mereka.

Mengenai KUIPs yang merupakan institusi pengajian tinggi di bawah MAIPs yang terletak di Titi Tinggi, ia kini semakin mendapat tempat termasuk dalam kalangan pelajar antarabangsa.

Penubuhannya beberapa tahun lalu sejajar dengan usaha MAIPs untuk menyuburkan konsep wakaf sebagai ibadah dalam kalangan masyarakat mengikut acuan al-Quran dan sunnah.

Oleh itu, titah baginda rakyat Perlis perlu mengambil peluang keemasan melanjutkan pengajian masing-masing ke peringkat tinggi di institusi tersebut kerana pelbagai kemudahan dan kelebihan ditawarkan di situ.

Pada masa sama, MAIPs turut bekerjasama dengan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Teknologi Mara Cawangan Perlis dalam pelaksanaan program Wakaf Pendidikan yang dapat memberi manfaat kepada pihak universiti dan pelajar.

Berangkat sama dalam lawatan kerja bersempena Jelajah Ilmu UniMAP Ke-14 itu ialah anakanda kedua Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail dan turut serta Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal. – BERNAMA

Tags: Maipswakaf
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

02/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis...

Wakaf Mampu Sumbang Pembangunan Sosioekonomi Negara – Idris

03/04/2022
0

KUALA LUMPUR : Semua lapisan masyarakat perlu memainkan peranan untuk menyemarakkan amalan berwakaf serta mempromosikannya sebagai antara sumber kewangan sosial...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd