• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Keluar Waran Tangkap Jho Low, 4 Individu

oleh Ahmad Albab
04/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret di sini, hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap jutawan kontroversi dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dan empat lagi individu bagi membantu siasatan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Empat individu itu ialah Tan Kim Loong, 40, Tang Keng Chee, 53, Geh Chong Heng, 47, yang ketiga-tiganya merupakan pegawai 1MDB dan seorang wanita, Loo Ai Swan, 45, bekas peguam 1MDB.

Jho Low dan keempat-empat individu itu dikatakan menghadapi tujuh pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram.

Melalui carian efiling mahkamah, Jho Low dan keempat-empat individu itu sepatutnya didakwa hari ini secara in absentia iaitu tanpa ketidakhadiran tertuduh, di empat Mahkamah Sesyen berasingan.

Menurut sumber, kes itu akan dikendalikan beberapa pegawai polis namun selepas wartawan dan jurufoto menunggu sejak 8 pagi, tiada pegawai polis yang hadir dan tiada sebarang prosiding berlangsung.

Seorang polis mahkamah kemudian memaklumkan tiada sebarang prosiding akan dijalankan dan waran tangkap akan dikeluarkan terhadap Jho Low dan kesemua individu itu.

Media sebelum ini melaporkan, Jho Low yang diburu polis dan dikehendaki Malaysia, Singapura dan beberapa negara lain dipercayai bersembunyi di China atau Abu Dhabi namun sehingga kini tidak diketahui di mana sebenarnya dia berada.

Pada 15 Jun lalu Jabatan Imigresen membatalkan pasport ahli perniagaan itu atas permintaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia susulan siasatan skandal 1MDB.

Pada 24 Ogos lalu, Mahkamah Sesyen Putrajaya mengeluarkan waran tangkap terhadap Jho Low dan bapanya, Tan Sri Low Hock Peng juga bagi membantu siasatan berhubung skandal 1MDB. – BERNAMA

Tags: Jho Lowwaran tangkap
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Curi Coklat: Pelajar Universiti Dijel Sehari, Denda RM1K

Next Post

Najib, Bekas Menteri Perlu Jelaskan Ops Yaman 2

Related Posts

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

10/04/2025
0

PUTRAJAYA: Tiga waran tangkap dikeluarkan kepada bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan untuk didakwa mengikut pertuduhan...

‘Saya Bersemuka Dengan Jho Low, Persoalkan Gaya Hidupnya Bermewah-mewah’ – Najib

‘Saya Bersemuka Dengan Jho Low, Persoalkan Gaya Hidupnya Bermewah-mewah’ – Najib

16/01/2025
0

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, beliau bersemuka dengan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau lebih...

Next Post

Najib, Bekas Menteri Perlu Jelaskan Ops Yaman 2

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd