• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LPP Sasar Bantuan Persekolahan RM150 Seorang

oleh
26/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menyasarkan pemberian bantuan kepada 15,000 anak-anak peladang kurang berkemampuan di seluruh negara bagi meringankan beban perbelanjaan awal persekolahan.

Pengerusinya Datuk Mazlan Aliman berkata LPP melalui 279 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di seluruh negara sedang giat menganjurkan program Bantuan Awal Persekolahan atau Back To School kepada anak ahli-ahlinya bagi meringankan beban ibu bapa yang pendapatan mereka terjejas berikutan kejatuhan harga komoditi getah dan kelapa sawit ketika ini.

“Sebagai tanda prihatin dan ingin membantu meringankan bebanan sara hidup para ahli akibat terjejas pendapatan kerana keadaan ekonomi semasa, maka LPP melalui PPK akan menyalurkan bantuan bernilai RM150 kepada 15,000 anak-anak peladang yang bakal menghadapi persekolahan 2019.

“Bantuan ini turut disampaikan dengan cara membawa anak-anak dan ibu bapa ke pusat membeli-belah supaya mereka dapat memilih sendiri keperluan persekolahan mengikut citarasa yang bersesuaian berdasarkan nilai baucer,” kata beliau kepada pemberita ketika menemani murid-murid dan ibu bapa membeli keperluan persekolahan di Pasaraya Econsave Kota Tinggi, petang tadi.

Turut sama Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Johor Abd Jalil Bukhairah.

Menurut Mazlan, pada program kali ini seramai 80 murid menerima bantuan itu, dengan 50 daripada mereka menerima bantuan daripada PPK seluruh Kota Tinggi dan 30 lagi daripada Kolaborasi LPP bersama Komuniti FELDA Bukit Ramun di sini berupa baucer bernilai RM150 untuk membeli bahan keperluan persekolahan.

Beliau bercadang untuk meningkatkan jumlah agihan bantuan persekolahan serupa ini kepada 300 murid pada masa akan datang.

Sementara itu, Mazlan turut mengalu-alukan bantuan persekolahan berjumlah RM100 seorang kepada murid-murid Darjah 1 hingga Tingkatan 5 dari kalangan keluarga berpendapatan rendah yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini. – BERNAMA

Tags: Bantuan PersekolahanMazlan Aliman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RM100,000 Bantu Persekolahan Pelajar Di Melaka

RM100,000 Bantu Persekolahan Pelajar Di Melaka

30/07/2022
0

MELAKA: Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyalurkan bantuan persekolahan berjumlah RM100,000 untuk diagihkan kepada murid sekolah rendah dan sekolah menengah di...

Khidmat Mazlan Sebagai Pengerusi LPP Ditamatkan

02/04/2020
0

SHAH ALAM - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) menamatkan khidmat Datuk Mazlan Aliman selaku Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd