• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Letupan Bunga Api Punca Kebakaran Ragut 6 Nyawa Di Ipoh

oleh Cj Mnh
12/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kebakaran yang mengorbankan enam individu di sebuah rumah kedai dua tingkat di Kawasan Perindustrian Puncak Jelapang Maju, Meru, dekat sini, semalam, dipercayai berpunca daripada letupan bunga api.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Perak, SAC Yahaya Abd Rahman, berkata, kesan dan sisa letupan bunga api itu boleh dilihat pada semua mayat yang melecur sehingga 90 peratus.

“Mayat kebanyakannya ada kesan belerang, kesan bahan letupan daripada bunga api yang menjadi punca letupan di tempat kejadian sehingga mangsa melecur di tubuh.

“Bagaimanapun, laporan penuh dijangka akan diterima dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media di Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini, hari ini.

Tanpa mendedahkan identiti mangsa, Yahaya mengesahkan seorang daripada yang maut adalah pemilik premis, manakala lima lagi merupakan pekerja sambilan dengan empat daripadanya pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Menglembu.

Difahamkan mereka yang maut dalam kejadian itu terdiri daripada P.Thiagarajun, 40 yang dipercayai pemilik premis; Mohd Nor Aiman Abdul Rahman, 16, Mohamad Nor Ikram Mohd Husni, 15, Mohd Ikhmal Izzudin Mohd Kamari, 16, Ahmad Faizal Amiruddin, 16, dan Mohamad Azhar Shah Rosli, 19.

“Empat pelajar itu, (semalam) hari pertama kerja kerana hendak mencari wang saku sempena cuti sekolah, tapi tragedi berlaku, amat malang amat sedih,” kata Yahaya.

Menurutnya, bedah siasat ke atas keenam-enam mangsa yang bermula sejak pukul 9 pagi tadi telah selepas pada 3.30 petang ini, namun keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) akan mengambil masa.

Beliau berkata pihaknya mendapati terdapat kecuaian dan salah laku jenayah dalam insiden tersebut kerana premis yang terbakar tidak menjalankan perniagaan berkaitan dengan bahan letupan, namun terdapat sisa letupan seperti mercun dan bunga api di lokasi.

Justeru, pihaknya akan memanggil pemilik sebuah premis yang menjalankan perniagaan bahan letupan seperti mercun dan bunga api di sebelah unit terbakar untuk memberi keterangan.

“Dia (pemilik) akan beri keterangan esok kepada polis…kita hendak tahu apa kaitan beliau dengan premis yang terbakar semalam,” katanya. – BERNAMA

Tags: bunga apikebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JBPM, JKR Diarah Semak Semula SOP Gerai Jualan Bunga Api Sementara – Nga Kor Ming 

JBPM, JKR Diarah Semak Semula SOP Gerai Jualan Bunga Api Sementara – Nga Kor Ming 

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) diarahkan menyemak semula prosedur...

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd