• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Ugut Bunuh Polis Dipenjara 12 Bulan

oleh Ahmad Albab
27/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana mengugut membunuh anggota polis yang mahu menahannya menggunakan parang.

Penolong Kanan Pendaftar, Noradila Ab Latif membuat keputusan itu selepas tertuduh, Hamdi Ramli, 34, dari Manir mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK) kerana melakukan ugutan jenayah dan Seksyen 352 kanun sama kerana menggunakan kekerasan jenayah kecuali atas bangkitan-marah yang besar.

Mengikut pertuduhan pertama, Hamdi didakwa melakukan ugutan jenayah dengan hendak menyebabkan kematian terhadap Ahmad Rafa’i Ishak di hadapan sebuah rumah di Kampung Banggol Tok Esah, Manir, di sini, jam 7.45 malam pada 23 November lalu.

Selain itu, tertuduh turut didakwa melakukan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama di lokasi, waktu dan tarikh sama.

Bagi kesalahan itu, Noradila menjatuhkan hukuman masing-masing 12 bulan penjara dan tiga bulan penjara, bagaimanapun, mahkamah mengarahkan hukuman penjara berjalan serentak.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Zafirah Rosli, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, mangsa bersama dua rakan setugasnya pergi ke sebuah rumah di Kampung Banggol Tok Esah, Manir, selepas mendapat maklumat mengenai kes curi pisang.

Sebaik tiba di hadapan rumah berkenaan, anggota polis cuba menahan tertuduh, namun tertuduh secara tiba-tiba mengeluarkan sebilah parang yang diselitkan di belakang badan dan mengacukan senjata itu ke arah anggota polis.

Tertuduh turut mengeluarkan kata-kata kesat sambil mengacukan parang, selain turut mengugut mahu membunuh tiga anggota polis terbabit sebelum satu laporan di buat di Balai Polis Manir.

Susulan laporan dibuat, tertuduh ditahan di Kampung Banggol Tok Esah, Manir kira-kira jam 4 pagi pada 25 November lalu. – BH ONLINE

Tags: Kes Ugutpolis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiada Kenaikan Tol Lebuh Raya Tahun Depan

Next Post

OKU Didakwa Cuba Bunuh Bapa Bekas Teman Wanita

Related Posts

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

27/05/2025
0

MELAKA – Polis Melaka sedang menyiapkan kertas kerja bagi cadangan mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape sebelum dibentangkan kepada kerajaan...

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

27/05/2025
0

GERIK – Polis Perak mendedahkan terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mengeksploitasi dan memanipulasi waris mangsa anggota Pasukan Simpanan...

Next Post

OKU Didakwa Cuba Bunuh Bapa Bekas Teman Wanita

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd