• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Palsu: Tolong Jangan Susahkan Polis

oleh Ahmad Albab
19/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Polis Pahang memberi amaran tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang membuat laporan polis palsu di negeri ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Othman Nanyan, berkata tindakan itu diambil kerana pelaku terbabit secara tidak bertanggungjawab membazirkan masa dan tenaga pegawai penyiasat selain membazirkan wang kerajaan untuk menyiasat kes yang tidak wujud.

“Sepanjang tahun ini, kita merekodkan sebanyak 20 laporan palsu dibuat oleh individu yang tidak bertanggungjawab ini. Namun daripada jumlah itu, 15 kes sudah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membuat laporan palsu,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan yang dijalankan, individu yang terbabit dipercayai sengaja membuat laporan palsu demikian semata-mata untuk mendapatkan salinan laporan polis bagi urusan menggantikan kad pengenalan yang hilang dan mengelak dikenakan denda.

“Kebanyakan mereka mendakwa menjadi mangsa samun dan ragut, namun selepas dibuat siasatan rupanya kad pengenalan mereka hilang. Tindakan mereka ini memang menyusahkan pihak polis.

“Saya ingin nasihatkan orang ramai supaya tidak membuat laporan palsu kerana mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai juga diingatkan supaya tidak berbuat demikian sebaliknya menggunakan cara yang sepatutnya jika berlaku kehilangan dokumen pengenalan diri.

“Selain laporan palsu ragut dan samun, polis juga pernah menerima laporan palsu berhubung satu kes lemas di Maran daripada seorang wanita mendakwa anak perempuannya terjatuh ke dalam sungai.

“Akibat daripada laporan palsu itu, semua elemen mencari dan menyelamat termasuk polis serta bomba namun mangsa rupanya berada di rumah. Tetapi kita sudah dakwa wanita itu kerana membuat laporan palsu,” katanya.

Othman berkata, akibat perbuatan itu menyusahkan semua pihak dan beliau memberi amaran supaya orang ramai lebih bertanggungjawab dengan membuat laporan yang tepat jika berlaku sesuatu keadaan membabitkan jenayah. – BH ONLINE

Tags: Laporan Palsupolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd